Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cipta peluang untuk bekas pesalah baiki kehidupan: Presiden Halimah

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI masyarakat yang prihatin dan inklusif, kita harus terus mencipta peluang untuk bekas pesalah yang berniat untuk memperbaiki kehidupan mereka, kata Presiden Halimah Yacob.



Dengan memperkuat faktor-faktor utama penyatuan seperti tempat tinggal, pekerjaan, sokongan keluarga dan sosial serta motivasi, ia dapat membuat perubahan yang positif dalam kehidupan mereka, tambahnya.



Semasa lawatannya ke Rumah Peralihan Selarang (SHWH) semalam pagi, Puan Halimah melahirkan rasa gembira mempelajari mengenai program-program penting yang membantu penghuni menjalani pemulihan dan penyatuan mereka secara beransur-ansur ke dalam masyarakat setelah mereka dibebaskan dari penjara.



"Ia menyediakan kemudahan kediaman 24 jam dan sekuriti untuk bekas pesalah yang harus melalui Skim Penjagaan Wajib (MAS).



"Saya juga berpeluang untuk berinteraksi dengan beberapa penghuni yang berkongsi cabaran yang mereka hadapi.



"Namun, mereka gembira kerana program-program SHWH telah membantu menahan diri dari melakukan kejahatan dan juga memberi mereka peluang untuk mencari pekerjaan dan tempat tinggal yang layak untuk kembali berdiri," kata Puan Halimah, menulis di Facebook selepas lawatannya ke sana semalam.



Penempatan di SHWH ini merupakan fasa pertama daripada tiga fasa MAS untuk bekas pesalah yang dipilih setelah mereka bebas daripada penjara.



Penghuni-penghuni SHWH yang menetap di sana berkongsi setelah berada dalam penjara selama beberapa tahun, mereka ketinggalan banyak dari segi kemahiran dan pengetahuan mengenai dunia di luar penjara.



Menurut Encik Daniel (bukan nama sebenar) 53 tahun, yang sudah menetap di SHWH selama satu bulan, program yang ditawarkan membolehkan mereka berintergrasi dengan lancar kembali ke dalam masyarakat.



"Apabila kita berada di dalam (penjara), kita tidak tahu apa yang berlaku di luar.



"Jadi, program ini mengajar kami apa yang kami harus lakukan, perubahan dalam masyarakat yang kita harus tahu serta kemahiran baru yang kami perlukan.



"Ini lebih baik daripada membiarkan kami berseorangan dalam masyarakat apabila kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan," ujarnya.



Turut menyertai lawatan itu adalah Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Encik Chavez Ong, Timbalan Pengarah Eksekutif, SHWH; Cik Karen Lee, Pengarah, Perintah Pembetulan Masyarakat, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).



Menurut Cik Lee, melalui usaha seperti ini, ia dapat mengurangkan kadar residivisme atau kadar pesalah yang rentan di Singapura.



"Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada residivisme yang rendah.



"Untuk melakukan demikian, mereka perlu berintegrasi semula, kaunseling mengenai penagihan dadah mereka adalah satu lagi (faktor).



"Satu lagi bahagian adalah sokongan masyarakat dan perkongsian bersama masyarakat. Jika masyarakat dapat memberi mereka peluang kedua, saya rasa ia akan banyak membantu mereka dalam perjalanan berintegrasi kembali dalam masyarakat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >