Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cipta sejarah diterima sebagai peguam lepas meninggal

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



SEMBILAN hari sebelum diterima menjadi peguam lantas memenuhi cita-citanya mengikut jejak langkah bapa dan bapa saudaranya, Encik Vikram Kumar Tiwary meninggal dunia dalam tidur pada usia 28 tahun.



Kelmarin, mendiang mencipta sejarah dalam dunia guaman Singapura kerana menjadi orang pertama diterima sebagai peguam di institusi guaman Singapura selepas kematiannya.



"Ia adalah pencapaian pahit bercampur manis," ujar ibu mendiang, Cik Ramoti Tiwary, 62 tahun, kepada akhbar The Straits Times, sambil menahan sebak.



Hakim Mahkamah Tinggi Choo Han Teck, yang mengesahkan permohonan Encik Tiwary bagi jawatan itu, berkata: "Melihat pada usaha Encik Vikram Tiwary sahaja, keadilan tercapai jika permohonannya diterima."



Beliau juga mengambil perhatian bahawa Encik Tiwary bukan sahaja memenuhi semua ketetapan yang diperlukan untuk diterima, bahkan memohon bekerja sepenuh masa bersama Skim Bantuan Guaman Jenayah, Persatuan Undang-Undang, bagi mewakili tertuduh tidak mampu mendapatkan seorang peguam.



Hakim Choo mengaitkan itu dengan satu prinsip guaman sedia maklum yang bermaksud keadilan menganggap apa yang diniatkan sebagai sesuatu yang sudah dilaksana, walaupun ia belum dilaksana



Encik Tiwary lulus dengan ijazah undang-undang daripada Universiti Sheffield pada 2018 dan lulus dalam peperiksaan bahagian A dan B yang diperlukan untuk menjadi peguam.



Beliau tamat latihan guamannya di firma K&L Gates Straits Law pada 1 Julai tahun lalu dan memohon diterima sebagai peguam sepenuh masa pada 16 Mac tahun ini. Permohonannya telah diatur bagi dikemukakan bagi upacara pengesahan pada 9 Jun.



Namun pada dini hari 30 Mei, jantungnya terhenti tiba-tiba.



Bapanya, Encik Ram Prakash Tiwary, 65 tahun, berkata kematian anaknya itu cukup mengejutkan kerana beliau satu-satunya anak lelaki dan anak bongsu tiga beradik yang diketahui tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.



Encik Ram Tiwary bertemu anaknya kali terakhir pada 1.30 pagi.



"Dia membantu meletakkan titisan ubat mata pada mata saya dan mengucapkan selamat tinggal," ujarnya.



Kerana ia hari Ahad, sekitar tengah hari Cik Tiwary masuk ke bilik anaknya untuk mengejutkannya, tetapi mendapati beliau terbaring kaku di lantai.



"Sejak kecil dia sering melihat bapanya bergegas ke mahkamah. Justeru, dia mahu menjadi peguam. Hanya sembilan hari sahaja sebelum disahkan sebagai peguam dan dia pergi selama-lamanya," ujar Cik Tiwary.



"Dia sangat menghormati orang lain dan bertanggungjawab serta penyayang. Apa berlaku padanya masih misteri. Saya tak tahu apa berlaku padanya. Saya macam payah nak percaya dan menghadamnya," kata Encik Ram Tiwary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >