Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cipta sofwe baru tapis komen perkauman dalam talian

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



MESEJ seperti "Zhar bor (wanita) tak berguna", "Cina berkira" dianggap sebagai mesej kebencian atau tidak sesuai walaupun ia dihantar dalam talian tanpa niat jahat oleh pengguna.



Mesej sedemikian seringkali terlepas pengesanan penapis mesej kebencian yang dibangunkan oleh negara Barat.



Ini disebabkan mesej itu mengandungi perkataan Singlish atau dialek yang berlainan.



Platform media sosial seperti Instagram dan Facebook mempunyai penapis kata-kata kesat di perbualan mesej langsung, sementara Twitter dan TikTok mempunyai penapis ucapan kebencian.



Justeru dengan jurang ini, kumpulan terdiri daripada enam orang merangkumi pelajar dan pengkaji di Singapura sedang melatih sistem kuasa kecerdasan buatan (AI).



Sistem itu dinamakan Empathly, dan fungsinya adalah untuk mengesan mesej dalam talian yang berbaur perkauman, seksis dan keganasan.



Misalnya, "tempat wanita adalah dalam dapur" dan "anda agak bijak untuk yalam".



'Yalam' adalah slanga perkauman untuk orang Melayu.



Untuk melatih keupayaan pengesanan sistem Empathly, pasukan itu menggunakan kandungan pengguna warganet Singapura, dari segi perbualan dalam forum dalam talian.



Sejauh ini, sistem tersebut meliputi mesej berdasarkan abjad Latin, yang digunakan Bahasa Inggeris.



Ini merangkumi kata-kata kesat yang digunakan dalam bahasa Inggeris, Singlish, Mandarin, Hokkien dan Kantonis.



Namun, terdapat rancangan meluaskan penjejakan Empathly kepada bahasa lain, kata pengasas bersama kumpulan itu, pelajar Politeknik Singapura Encik Timothy Liau, 22 tahun.



"(Ucapan kebencian) bukan masalah masa depan kerana ia telah mula berlaku sekarang. Kami mahu menangani masalah ini. Jika bukan kami, siapa lagi?" ujar beliau.



Produk terakhir ialah penapis yang berbayar bagi platform mesej dalam talian.



Ia akan mengimbas mesej pengguna sebelum dihantar.



Jika ia mengesan mesej yang tidak sesuai atau mempunyai ucapan kebencian, sistem itu akan memberi amaran kepada pengguna menerusi kotak mesej timbul.



Namun ini tidak akan menghalang penghantaran mesej demikian, pengguna masih mempunyai autonomi untuk menghantarnya.



"Kami ingin memperkasa pengguna membuat keputusan yang betul, dan membina tabiat menghormati dalam talian atau sekurang-kurangnya sedar tentang apa yang mereka katakan," kata Encik Liau.



Pengasas bersama kumpulan itu, pelajar Politeknik Singapura, Cik Jamie Yau, yang berusia 19 tahun, berkata pengguna juga mungkin tidak menyedari bahawa mereka mempamerkan tingkah laku yang tidak baik.



"Kami tidak mahu... menapis sepenuhnya (kata-kata pengguna), kerana kemudian mereka tidak akan dapat memahami bahawa apa yang dikatakan berbahaya," kata Cik Yau.



Encik Liau berkata pasukannya sedang mengkaji untuk menguji prototaip dengan perkhidmatan pelanggan dan platform pengurusan profesional dalam talian.



Versi akhir sistem itu dijangka boleh didapati secara komersial menjelang akhir 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >