Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ciptaan inovatif profesor Jepun bantu tingkat kecekapan AirBaru SG

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



SEORANG profesor Jepun yang merintis teknologi rawatan air canggih, Profesor Kazuo Yamamoto, menerima Hadiah Air Lee Kuan Yew 2020 dalam satu majlis kelmarin.



Profesor dari Universiti Tokyo itu diberikan anugerah tersebut bagi ciptaan perintis bioreaktor membran (MBR) tenggelam beroperasi yang pertama di dunia.



Teknologi ini menggabungkan proses penapisan canggih dengan proses rawatan air buangan biologi, yang menjadikan proses itu lebih berkesan dan mengurangkan jumlah kawasan tanah yang diperlukan bagi rawatan air.



Teknologi ciptaannya itu telah membantu meningkatkan kecekapan membuat AirBaru di Singapura.



Anugerah kepada Profesor Yamamoto itu disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob dalam satu majlis yang diadakan di hotel The Ritz-Carlton Millenia kelmarin sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW).



Hadiah Air Lee Kuan Yew, yang dilancarkan pada 2008, mengiktiraf individu atau pertubuhan yang membuat sumbangan cemerlang dalam menyelesaikan masalah air yang dihadapi dunia dengan membangunkan atau menggunakan teknologi inovatif atau melaksanakan dasar dan program yang bermanfaat kepada manusia.



Penerima hadiah itu, yang ditaja Yayasan Temasek, menerima $300,000, sijil dan pingat emas.



SIWW dalam kenyataannya berkata meskipun Profesor Yamamoto individu pertama yang membentangkan konsep MBR tenggelam di persidangan Persatuan Antarabangsa mengenai Mutu Air pada 1988, beliau memilih untuk tidak menuntut hak paten untuk ciptaannya.



Ini membolehkan penyelidikan dan pengembangan meluas serta usaha komersialisasi dijalankan, lantas mempercepatkan penggunaan teknologi MBR tenggelam bagi rawatan air terpakai dan memberikan manfaat kepada sektor air dan manusia pada umumnya.



"Hari ini, teknologi MBR tenggelam diiktiraf secara meluas oleh pakar sebagai teknologi berkesan untuk mencapai piawaian mutu buangan yang bermanfaat untuk penggunaan semula air, yang juga mengurangkan kesan sekitaran daripada pelepasan air terpakai.



"Teknologi itu telah membuka laluan bagi pemerintah dan penyedia huraian air di seluruh dunia membangunkan standard kesihatan awam yang lebih tinggi," kata SIWW dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >