EHWAL MASYARAKAT ISLAM
Ciptasama antara program baru M³
Masagos tukil contoh semangat kewarganegaraan masyarakat Melayu/Islam ganding bahu tangani Covid-19
Mar 07, 2020 | 05:30 AM
MASYARAKAT Melayu/Islam di sini telah menunjukkan semangat kewarganegaraan yang wajar dipuji sedang Singapura terus berusaha mengatasi penularan Covid-19.
Berkata demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata ramai anggota masyarakat Melayu/Islam berada di barisan depan dalam usaha ini.