Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ciri laluan pejalan kaki bantu golongan keperluan khas ulang-alik dari Redhill ke Enabling Village

Dec 11, 2017 | 11:41 AM



PERJALANAN antara stesen MRT Redhill dengan Enabling Village - pusat khas bagi golongan berkeperluan khas - diharap menjadi lebih selesa bagi golongan ini, melalui projek rintis yang diusahakan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan SG Enable di sana.



Laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 400 meter antara kededua tempat itu kini diwarnai dengan dua jalur kuning - bagi membantu pengguna rabun lebih berdikari apabila menggunakannya, sementara empat bangku untuk berehat disediakan di sepanjang laluan itu.



Ciri baru itu sebahagian tambahan prasarana yang kecil tetapi bermakna yang diusahakan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan kerjasama SG Enable, demi menjadikan pengangkutan awam lebih mesra pengguna berkeperluan khas.



Menurut jurucakap LTA inisiatif ini adalah yang pertama antara beberapa program lain yang sedang diusahakan, seperti aplikasi mencari jalan dan bantuan bergerak bagi membantu golongan berkeperluan khas dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >