Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi tambahan perlu dibayar balik apabila pemilik jual flat PLH

Langkah HDB bertujuan pastikan flat di lokasi utama kekal dimampui dan inklusif
PLH
Oct 28, 2021 | 05:30 AM



PEMBELI flat Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) perlu membayar semula subsidi tambahan yang dinikmati mereka apabila mereka menjual semula rumah mereka itu.



Subsidi itu akan dibayar balik kepada Lembaga Perumahan Awam (HDB) dalam bentuk sejumlah peratusan daripada harga jualan semula flat mereka, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Beliau berkata peratusan yang ditetapkan untuk dibayar bagi HDB "mendapatkan semula subsidi itu" akan diumumkan bulan depan.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai langkah itu, Encik Lee berkata ia adalah satu cara untuk menangani keprihatinan tentang keuntungan berlebihan yang dikaup pemilik flat daripada penjualan flat di lokasi utama.



Bagi memastikan flat di lokasi utama dimampui oleh golongan pembeli yang luas, pemerintah menawarkan subsidi tambahan pada pelancaran awalnya.



"Lokasi-lokasi ini akan mempunyai nilai pasaran tinggi, justeru agar ia dimampui semasa pelancarannya, kami harus menyediakan subsidi tambahan.



"Ini adalah sesuatu yang dipersetujui oleh ramai masyarakat Singapura, semasa kami melakukan konsultasi," ujar Encik Lee.



Bagaimanapun, kata beliau, timbul pula keprihatinan apakah ini akan membawa kepada keuntungan 'durian runtuh' berlebihan dan apakah ini adil bagi pembeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bahagian lain Singapura, yang tidak mendapat subsidi tambahan.



"Bagi menangani keprihatinan ini, kami akan mendapatkan semula subsidi tambahan itu sebagai sejumlah peratusan tertentu daripada harga jualan semula, juga dipanggil sebagai 'pemerolehan subsidi', apabila pemilik menjual rumah mereka.



"Jadi, pembeli rumah kali pertama yang membeli daripada HDB, apabila mereka menjual semula flat di pasaran terbuka buat kali pertama, kami akan mengenakan pemerolehan semula subsidi untuk mendapatkan semula subsidi tambahan itu," terang Encik Lee.



Menjelaskan tentang langkah menyemak jumlah flat yang diperuntuk bagi Skim Keutamaan Anak Sudah Berumah Tangga (MCPS), Encik Lee berkata bagi projek tertentu di lokasi utama, kuota akan disesuaikan dengan mengurangkan jumlah flat yang diperuntuk bagi isi rumah yang memohon flat dekat dengan ibu bapa atau anak.



Menurutnya, ramai daripada mereka yang menyertai konsultasi itu menyarankan agar dimansuhkan skim keutamaan itu bagi memberi peluang saksama kepada pemohon flat di lokasi tengah bandar, sebagai cara memastikan perumahan itu lebih inklusif.



Ini kerana skim keutamaan seperti MCPS boleh memberi pembeli kelebihan tambahan dalam proses undi jika keluarga mereka lebih berada atau sudah tinggal di atau dekat lokasi utama.



"Namun, kami juga akur, seperti ramai warga, adalah penting memudahkan penjagaan dan sokongan bersama antara generasi keluarga. Jadi kami akan capai keseimbangan dengan mengurangkan kuota bagi skim keutamaan ini daripada memansuhkannya," kata Encik Lee.



Menurut beliau, setiap pembangunan akan diteliti dan diputuskan kuotanya memandangkan setiap lokasi mempunyai ciri berbeza - misalnya, ada projek mempunyai estet lebih lama berdekatan.



Sementara itu, Encik Lee menekankan pentingnya memastikan bandar dan masyarakat terus bersatu padu menerusi perumahan yang dibina.



"Sebab asasnya, dasar perumahan kita bukan untuk menyediakan rumah sahaja. Ia juga bagi membolehkan rakyat Singapura hidup bersama, berinteraksi bersama satu sama lain dan untuk membina masyarakat yang utuh, bersatu padu dan berdaya tahan," katanya.




"Sebab asasnya, dasar perumahan kita bukan untuk menyediakan rumah sahaja. Ia juga bagi membolehkan rakyat Singapura hidup bersama, berinteraksi dengan satu sama lain dan untuk membina masyarakat yang utuh, bersatu padu dan berdaya tahan."
- Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, menekankan pentingnya memastikan bandar dan masyarakat terus bersatu padu menerusi perumahan yang dibina.




CIRI UTAMA FLAT PLH 



1. Memastikan pembeli kali pertama mampu beli



- pembeli menikmati geran dan subsidi untuk BTO sedia ada; Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG)



- flat baru PLH akan dijual dengan subsidi tambahan



- pemilik yang mahu menjual semula flat PLH yang dibeli daripada HDB perlu bayar sejumlah peratusan daripada harga jualan semula kepada HDB sebagai 'pemerolehan semula subsidi' (subsidy recovery)



2. Memastikan inklusiviti dari segi pembeli pertama:



- jumlah flat diperuntuk bagi Skim Keutamaan Anak Sudah Berumah Tangga(MCPS) akan disemak bagi setiap pelancaran model PLH



- flat sewa awam akan dibina untuk golongan berpendapatan rendah



3. Memastikan inklusiviti dari segi pembeli seterusnya:



- syarat kelayakan beli flat daripada HDB terus dikenakan bagi mereka yang mahu membeli flat PLH di pasaran terbuka



- ini termasuk sekurang-kurangnya seorang pemohon warga Singapura; perlu mempunyai nukleus keluarga yang layak, seperti pasangan sudah berkahwin; had gaji $14,000 ke bawah



4. Perkukuh niat pemilik-penginapan:



- lanjutkan tempoh penginapan minimum kepada 10 tahun, berbanding 5 tahun sekarang



- tidak boleh menyewakan seluruh flat pada bila-bila masa, walau selepas MOP berakhir




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >