Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

City Gas agih rebat gas lebih $1 juta kepada penjaja

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



DALAM usaha membantu meringankan beban penjaja di sini yang terjejas oleh pandemik Covid-19, penyedia gas berpaip negara City Gas akan mengagihkan gas bernilai lebih $1 juta dalam bentuk rebat kepada lebih 2,600 penjaja serata Singapura.



Sebanyak 2,602 penjaja daripada 59 pusat penjaja di seluruh pulau akan meraih manfaat daripada pengagihan itu, kata City Gas dalam kenyataannya semalam.



Inisiatif bantuan ini akan menyediakan rebat langsung berjumlah sehingga $400 bagi setiap penjaja untuk membiayai bil gas mereka bagi empat bulan terakhir tahun ini, mulai September hingga hujung Disember.



City Gas berkata ia telah menyusun inisiatif ini sebagai rebat langsung, yang akan diterapkan secara automatik ke dalam akaun utiliti penjaja, supaya penjaja tidak perlu melakukan apa-apa untuk melayakkan diri bagi bantuan itu.



"Ini menawarkan bentuk bantuan yang paling cepat dan mudah kerana ia tidak perlu sebarang tindakan daripada penjaja untuk menerima dana ini," tambahnya.



Mengulas mengenai inisiatif itu, ketua pegawai eksekutif City Gas Encik Perry Ong berkata:



"Penjaja di Singapura telah terjejas teruk oleh pandemik, dan ia lebih penting daripada waktu-waktu sebelumnya untuk menyokong mereka sekarang.



"Kami berada di titik perubahan bagi perdagangan penjaja dan untuk negara kita, dan sebab itulah City Gas merasakan kami harus memainkan peranan kami untuk membantu wira kulinari tempatan kita dan memelihara warisan makanan tempatan kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >