Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Climbathon ETF bawa peserta dari HortPark, ke Pulau Coney sebelum ke Bali

ETF
Apr 08, 2018 | 05:30 AM



SIRI Climbathon, yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai Dana Amanah Pendidikan (ETF) serta mengumpul dana bagi usaha itu akan berakhir dengan pendakian ke Gunung Batur di Bali, Indonesia, Oktober ini.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, membuat pengumuman itu pagi semalam dalam siri kedua Climbathon yang diadakan di Pulau Coney.



"Pendakian itu adalah satu cara bagi kita menunjukkan bahawa kita terus memperbaiki diri bukan secara individu, malah secara masyarakat.



"Sedang kita mendaki, kita perlu juga pastikan orang lain tidak ketinggalan. Itulah idea di sebalik Climbathon ini," kata Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, yang hadir bagi melancarkan acara semalam.



Siri Climbathon bertujuan meningkatkan kesedaran ramai mengenai usaha berterusan ETF dalam menyokong pengajian pelajar Melayu/Islam daripada keluarga kurang bernasib baik.



Siri pertama inisiatif tersebut disertai sekumpulan 130 pendaki yang berjalan di laluan sepanjang 3.17 kilometer dari HortPark ke Forest Walk sebelum berakhir di Marang Trail.



Siri kedua semalam pula disertai 100 peserta yang berjalan bagi jaraknya hampir dua kali ganda berbanding siri pertama merentasi Pulau Coney melalui pintu masuk barat di Punggol.



ETF diperkenal pada 2002 dan sejauh ini telah mengagihkan lebih $22 juta kepada lebih 91,000 pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >