Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNA gugur artis rap dari dokumentari kerana muncul dalam video cetus kontroversi

Aug 01, 2019 | 08:33 AM



 



Penyiar berita CNA telah menggugur artis rap setempat Subhas Nair dari dokumentari muzik, selepas beliau muncul dalam video rap berbaur perkauman.



CNA, pada Rabu (31 Julai) juga berkata ia telah menyahterbit artikel berhubung penglibatan Subhas dalam program bertajuk Roar, yang mengemukakan empat artis setempat, termasuk Encik Nair.



Tindakan CNA itu diambil sehari selepas polis berkata mereka sedang menyiasat video dalam talian yang mengemukakan Encik Nair dan adik perempuannya Cik Preeti Nair, yang mempunyai pesona Preetipls yang dikenali di media sosial.



Video itu juga dikecam Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam yang menyifatkannya sebagai telah melampai batas.



CNA berkata video itu menggunakan perkataan kesat untuk mengecam kaum Cina Singapura.



  “CNA menentang kuat semua kandungan penghinaan yang mengancam keharmonian kaum dan tidak akan berhubung kait dengan individu yang mencipta kandungan sebegitu dengan sengaja,” kata CNA.



Roar, yang akan ditayangkan di CNA hujung minggu ini turut mengemukakan tiga artis setempat  - Benjamin Kheng, Aisyah Azia dan Wang Weiliang - yang diminta menulis lagu tentang realiti kehidupan di Singapura.



Video rap itu, yang dimuat naik ke media sosial pada Isnin, telah dinyahterbit pada hari selanjutnya.



Namun klip video itu telah diterbit semula di media sosial, mengikut pemeriksaan Berita Harian dan The Straits Times. 



Mengulas tentang keadaan ini, Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) berkata bahawa ia sedar tentang perkara itu dan telah memaklumkan individu dan wadah Internet, untuk meminta kerjasama mereka untuk menyahterbitkan video itu.



Dalam kenyataan bersama, Pasukan Polis Singapura )SPF) Dan IMDA juga menasihatkan pihak awam supaya tidak mengongsi video itu.



Video itu, yang dihasilkan oleh Preetipls dan Encik Nair, adalah respons kepada iklan ‘wajah perang’ yang digunakan oleh laman bayaran elektronik epaysg.com.



Iklan itu menampilan pelakon Mediacorp DJ Dennis Chew ‘berlakon’ seperti seorang wanita berhijah dan seorang lelaki yang mempunyai warga kulit lebih gelap.



Mediacorp, menerusi sayap pengurusan selebriti, telah memohon maaf atas penggunaan iklan itu dan epaysg.com juga telah menyahterbit iklan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >