Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

CNB: 3 suspek pesalah dadah ditangkap, dadah bernilai $109,00 dirampas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CNB: 3 suspek pesalah dadah ditangkap, dadah bernilai $109,00 dirampas

Oct 07, 2017 | 06:25 PM

TIGA pesalah dadah yang disyaki ditangkap dan dadah bernilai sekitar $109,000 dirampas, dalam satu operasi oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Jumaat (6 Oktober).

Pegawai CNB dihantar ke Pusat Beli-Belah Jelita pada pagi Jumaat untuk memerhatikan dua pengedar dadah yang disyaki.

Seorang warga Singapura berusia 41 tahun dilihat berjumpa dengan seorang lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun di tempat meletak kereta pusat beli-belah itu, kata CNB dalam kenyataannya pada Sabtu (& Oktober).

Sejurus selepas itu, warga Malaysia itu memasuki pusat beli-belah, sementara warga Singapura itu berada dalam kenderaannya.

Warga Singapura itu ditangkap berdekatan Ghim Moh Link. Pegawai CNB juga menemui sekitar 435 gram heroin dan 213 gram Ice di tempat pejalan kaki berhampiran stesen MRT Dover, yang dibuang suspek semasa cuba melarikan diri, kata CNB.

Warga Malaysia itu diberkas dalam pusat beli-belah. Sekitar 128 gram Ice dan wang tungai $10,000 dirampas dari lelaki itu.

Dalam pada itu, sekumpulan pegawai lain juga menyerbu tempat persembunyian warga Singapura berusia 41 tahun berhampiran Race Course Road. Sekitar 265 gram Ice, 12 gram heroin dan 50 pil Ecstacy dan 40 pil Erimin-5 dirampas dari unit itu, kata kenyataan itu.

Temanita lelaki itu, seorang wanita berusia 33 tahun juga ditangkap di kawasan itu sebelum serbuan dilakukan. 

Semua suspek sedang disiasat, kata CNB. Jika didapati bersalah mengedar dadah, semua suspek berdepan dengan hukuman gantung.

 

 

 

 

 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3