Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB berkas 87 orang dalam operasi 6 hari

Oct 26, 2015 | 03:50 PM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah memberkas 87 orang yang disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan dadah menerusi satu operasi selama enam hari yang berakhir semalam.


Sejumlah 321.4 gram heroin; 77.3 gram dadah tiruan 'Ice'; 5.1 gram ganja; 10 butir 'Ecstasy'; 60 butir Erimin-5; dan, 5.25 gram ketamin, telah dirampas.


Operasi ini turut disokong anggota dari pasukan polis dan meliputi kawasan termasuk West Coast, Boon Lay, Bukit Batok, Jurong West, Ghim Moh Road, Marsiling, Lower Delta Road, Canberra Road, Balestier, Bishan dan Toa Payoh.


Siasatan ke atas kesemua suspek sedang berjalan.


Dalam salah satu operasi yang dijalankan dalam tempoh enam hari itu, para anggota CNB telah memerhatikan dua pesalah dadah melawat seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah.


Hasil serbuan yang dijalankan, polis memberkas seorang lelaki berusia 60 tahun dan dua suspek lain serta menemui dadah tiruan 'Ice seberat kira-kira 2.15 gram, 82.8 gram heroin dan beberapa peralatan dadah.


Siasatan ke atas ketiga-tiga mereka sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >