Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CNB berkas enam, rampas dadah bernilai $157,000

Jan 17, 2014 | 07:10 PM

SATU sindiket dadah telah ditumpaskan dengan enam pesalah dadah diberkas dan sejumlah dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai lebih $157,000 telah dirampas dalam satu operasi awal pagi tadi.

Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataannya berkata, sejumlah 1.4 kilogram heroin, 45.6 gram ganja, 21 gram dadah tiruan 'Ice' dan 10 pil 'Erimin-5' telah ditemui dalam operasi yang dijalankan.

Pada awal pagi tadi, sekumpulan pegawai CNB telah memberkas dua lelaki warga Singapura berusia 32 dan 45 tahun, dalam sebuah kereta di kawasan komersil di Yio Chu Kang Road.

Semasa mereka sedang diberkas, suspek berusia 32 tahun cuba mengelak dari diberkas dengan melurukan keretanya ke arah kenderaan CNB, menyebabkan kenderaan itu rosak.

Pegawai CNB menemui sejumlah 45.6 gram ganja daripada lelaki tersebut.

Suspek ketiga, juga berusia 32 tahun, yang berada dalam kereta kedua tidak jauh dari kereta pertama, turut diberkas.

Suspek pertama yang berusia 45 tahun telah dibawa pegawai CNB ke tempat persembunyiannya dalam kawasan bangunan komersil - yang membawa kepada penangkapan dua lagi pesalah dadah berumur 27 dan 28 tahun.

Kedua-duanya merupakan wanita warga Singapura.

Pemeriksaan yang dilakukan pihak CNB menemukan 21 gram 'Ice' dan 10 pil 'Erimin-5' dari sekitaran kawasan itu.

Pada masa yang sama, sepasukan pegawai CNB telah memberkas seorang lelaki warga Malaysia berumur 22 tahun semasa menunggang motosikal sebuah kedai minyak di Tampines Street 34 dan menemui dua bungkus heroin bersamanya.

Siasatan sedang dijalankan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3