Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB berkas lapan individu, rampas heroin, Ice bernilai $247,000

May 24, 2019 | 05:30 AM



DADAH dianggarkan bernilai $247,000 telah dirampas dalam operasi yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) kelmarin, dengan lapan pesalah dadah - tujuh warga Singapura dan seorang tanpa warga negara - ditangkap.



Dadah yang dirampas termasuk 2,793 gram heroin dan 519 gram 'Ice'.



Dalam satu kenyataannya, CNB menyatakan pegawai CNB ditempatkan di sekitar Chai Chee Road dini hari kelmarin mengawasi sekumpulan pesalah dadah yang disyaki.



Pegawai melihat dua suspek - lelaki berusia 36 tahun dan 52 tahun - tiba di kawasan itu menaiki kereta.



Seorang lagi suspek, lelaki 51 tahun tanpa warga negara itu, dilihat menaiki kereta itu sebelum keluar semula sejurus kemudian dan kembali ke tempat persembunyian di kawasan itu sebelum kereta tersebut beredar.



Pegawai CNB kemudian menyerbu tempat persembunyian lelaki 51 tahun itu, iaitu sebuah unit di tingkat empat, dan menahannya.



Tiga suspek lain - wanita 41 tahun, lelaki 59 tahun dan 61 tahun - juga ditangkap di unit berkenaan.



Dari dalam bilik tidur lelaki 51 tahun itu, heroin seberat 656 gram dan 2,379 gram tembakau dipercayai dicampur dengan bahan psikoaktif baru (NPS) ditemui.



Kira-kira 710 gram heroin juga ditemui di ruang tamu.



Sebilangan kecil dadah 'Ice' dan heroin turut ditemui daripada lelaki 59 tahun dan wanita 41 tahun itu.



Pegawai CNB dari Pasukan Petugas Khas yang mengekori kereta sebelum ini memintas kenderaan tersebut di Tampines Avenue 10.



Pemandu lelaki 52 tahun dan penumpang lelaki 36 tahun ditangkap. Sekitar 513 gram 'Ice' dan 1,419 gram heroin ditemui dalam kereta terbabit.



Pegawai CNB kemudian membawa lelaki 52 tahun itu ke tempat persembunyiannya di Sumang Lane dan menemui lagi sedikit heroin dan 'Ice'.



Dua suspek, lelaki 40 tahun dan 55 tahun di unit itu, turut ditangkap.



Sebuah motosikal yang disyaki milik lelaki 36 tahun itu juga diperiksa, dan sedikit heroin, 'Ice' dan dadah 'Ecstasy' ditemui.



Siasatan kegiatan dadah itu masih dijalankan.



Menurut CNB, heroin 2,793 gram itu boleh memenuhi ketagihan kira-kira 1,330 penagih selama seminggu sementara 519 gram 'Ice' pula boleh memenuhi ketagihan sekitar 296 penagih selama seminggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >