Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB: Heroin 8.8kg dirampas - rampasan terbesar dalam 3 tahun

Jan 27, 2018 | 03:13 PM



HEROIN sebanyak 8.8kg dirampas pada Jumaat petang (26 Jan) - rampasan  heroin terbesar dalam tempoh tiga tahun  lalu, menurut Biro Narkotik Pusat dalam satu kenyataan pada Sabtu.



Lebih 15g heroin tulen diperdagangkan boleh membawa kepada hukuman mati.



Pada petang Jumaat, pegawai CNB dikerahkan di sekitar Pusat HarbourFront memerhatikan  dua pengedar dadah yang disyaki: Seorang lelaki warga Singapura berusia 32 tahun dan seorang lelaki Malaysia berusia 35 tahun.



Pasangan itu kelihatan memasuki tandas di HarbourFront Tower 2.



Tidak lama selepas itu, mereka meninggalkan tandas secara berasingan.



Lelaki Singapura itu kembali ke keretanya sementara lelaki Malaysia terus berada di HarbourFront Tower 2.



Pegawai CNB mengekori kereta yang dipandu lelaki Singapura itu dan menangkapnya di dalam kenderaannya.



Seorang lagi lelaki Singapura, 39 tahun, yang memasuki kereta itu juga ditangkap.



Heroin 2.2kg, dadah 'ice' atau methamphetamine 460 gram, dan 70 tablet Erimin-5 dijumpai  di dalam kereta, bersama alat timbang digital dan beberapa paket plastik kosong.



Sementara itu, sekumpulan pegawai CNB menangkap lelaki Malaysia di tempat kerjanya di HarbourFront Tower 2.



Pegawai mengiringi lelaki berusia 35 tahun itu ke motosikalnya yang diletakkan berhampiran, memeriksa motosikal dan menjumpai kira-kira 6.6kg heroin dalam beberapa bungkusan.



Secara keseluruhan, kira-kira 8.8kg heroin, 460g 'ice' atau methamphetamine dan 70 dadah Erimin-5 dirampas dalam operasi itu. Dadah itu dianggarkan bernilai lebih $666,000.



Siasatan kegiatan dadah terhadap semua suspek itu masih dijalankan.



Akta Penyalahgunaan Dadah menetapkan hukuman mati jika jumlah diamorphine (atau heroin tulen) diperdagangkan melebihi 15g.



Heroin seberat 8.8kg cukup untuk memenuhi ketagihan kira-kira 4,190 penyalahguna dadah selama seminggu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >