Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB lancar buku demi didik kanak-kanak tentang bahaya dadah

Dec 08, 2018 | 05:06 PM



DALAM usahanya mendidik anak-anak muda tentang bahaya dadah, Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menerbitkan sebuah buku bergambar berjudul Captain Drug Buster vs Dr Wacko The Final Showdown (Captain Drug Buster lwn Dr Wacko Pertempuran Terakhir).



Dilancarkan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin di My Tree House di Perpustakaan Negara, hari ini (8 November), buku setebal 34 halaman itu menyasarkan murid-murid di sekolah rendah bawahan.



Dalam buku berwarna itu, tiga pelajar - Aida, Pavan dan Wei Ming - membantu Captain Drug Buster mengalahkan penjahat, Dr Wacko, yang mahu memusnahkan Singapura dengan dadah.



Kisah tersebut diceritakan melalui dialog-dialog yang mudah difahami anak-anak muda.



Ditemui media selepas acara pelancaran buku tersebut, Encik Amrin berkata:



“Ini adalah satu inisiatif yang penting di mana kita memberi pendidikan kepada anak muda kita dari kecil lagi semasa mereka di sekolah rendah dan juga pra sekolah supaya mereka tahu tentang bahayanya dadah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >