Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB lancar siasatan dalaman susuli kematian remaja yang dituduh edar dadah

Oct 13, 2021 | 10:57 PM



SATU siasatan dalaman oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) sedang dijalankan menyusuli kematian seorang remaja 17 tahun selepas dia diberkas pegawai CNB.



Justin Lee yang dituduh mengedar dadah pada 24 Jun meninggal pada 16 September setelah jatuh dari satu struktur ketinggian.



Ibunya, Cik Cecilia Ow, 51 tahun, pada Selasa (12 Oktober) mengirim surat yang ditujukan kepada Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam, di laman Instagramnya, dengan menjelaskan pengalaman anaknya diberkas dan sejarahnya melalui kemurungan.



CNB, dalam Facebook, pada Rabu berkata: "Beberapa kenyataan telah dibuat secara terbuka mengenai bagaimana Justin diberkas dan disoal. CNB sedang menyiasat situasi di mana dia diberkas."



Biro itu menambah siasatan pihaknya dijangka tamat sebelum hujung bulan ini dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan berkongsi kepada awam hasil siasatannya.



"Dakwaan yang dibuat disiasat penuh," katanya sambil menambah MHA akan mengambil langkah lanjutan jika perlu.



CNB berkata ia memberkas Justin selepas menjalankan siasatan ke atas individu yang disyaki mengedar dadah terkawal Kelas A dalam talian. Dadah dalam kategori ini termasuk heroin dan LSD.



Memberi beberapa butiran penangkapan anaknya pada 3 Februari, Cik Ow, pensyarah kanan di sebuah politeknik, memberitahu akhbar The Straits Times pada Rabu bahawa beliau tidak dapat berbual bagi pihak anaknya itu malah ketika pegawai CNB menggeledah bilik Justin dengan remaja itu di sisi di rumah mereka di Hougang.



Cik Ow hanya berbual dengan Justin apabila beliau mengikat jamin anaknya itu pada malam 4 Februari.



Dalam suratnya kepada Encik Shanmugam pada 1 Oktober, beliau merujuk pada kes Benjamin Lim, 14 tahun, yang kematiannya diputuskan sebagai membunuh diri, setelah budak itu ditemui mati di kaki bloknya di Yishun pada Januari 2016.



Benjamin disoal siasat di divisyen polis Ang Mo Kio beberapa jam sebelum kematiannya kerana dituduh mencabul kehormatan budak perempuan 11 tahun dalam lif.



"Keadaan benar-benar perlu diubah," jelas Cik Ow.



Beliau mengusulkan agar unit berasingan dalam pasukan polis dengan latihan menangani anak muda dengan isu kesihatan mental dibentuk bagi menangani pesalah di bawah usia 18 tahun.



"Saya harap pemerintah akan meninjau tentang usulan ini dan berusaha secara ikhlas agar membaik pulih sistem ini. Saya telah memberi mereka saranan tetapi saya pasti terdapat beberapa cara lain melakukannya dengan lebih baik," ujarnya.



CNB, pada Rabu, berkata pegawai kanannya telah menghubungi Cik Ow sejak 20 September apabila mendapat tahu tentang kematian Justin dan kali terakhir bertemu pensyarah itu pada 8 Oktober.



"CNB memberi Cik Ow jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan dan kami akan memaklumkan kepadanya jangka masa yang diperlukan bagi siasatan ini. Beliau juga diberitahu hasil penemuan kami akan dikongsi dengannya," jelas CNB dalam posnya.



Ia menambah Encik Shanmugam telah menghubungi Cik Ow pada hari surat itu dimuatnaikkan bagi memberinya jaminan bahawa semakan menyeluruh akan dibuat ke atas penangkapan anaknya itu dengan siasatan akan dikendalikan.



Cik Ow juga diberi butiran mengenai cara menghubungi Encik Shanmugam dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim malah diberitahu beliau boleh menghubungi kedua-dua menteri bila-bila masa sahaja, ujar CNB.



Ia menambah sokongan psikologi akan disediakan buat Cik Ow.



"CNB memahami kesedihan ibu Justin dan akan terus memberinya bantuan," tambah biro itu lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >