Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB rampas 4 kg ganja, 4 ditahan

Dec 15, 2018 | 06:35 PM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah merampas dadah termasuk 4 kilogram (kg) ganja dan memberkas empat lelaki bagi kesalahan berkaitan dadah yang disyaki.



Menurut kenyataan CNB hari ini (15 Dis), dadah itu dirampas dalam satu operasi semalam.



Pegawai narkotiknya dikerahkan ke kawasan sekitar Hougang Avenue 7.



Mereka kemudian mengikuti seorang lelaki warga Singapura berusia 31 tahun ke sebuah kemudahan perubatan dekat Keng Lee Road.



Suspek dilihat menemui seorang lelaki warga Singapura berusia 26 tahun dan seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun.



Lelaki berusia 26 tahun itu kemudian meninggalkan tempat itu menaiki teksi, manakala dua lagi suspek menaiki sebuah kereta berdaftar di Malaysia. 



Kereta itu ditahan di sepanjang Keng Lee Road oleh pegawai CNB dari pasukan petugas khas dan dua suspek itu diberkas.



Sekitar 1.88 kg ganja dan sekitar $1,100 wang tunai ditemui di dalam kereta itu.



Pegawai narkotik kemudian menyerbu tempat tinggal lelaki berusia 31 tahun itu di Hougang, di mana lagi 2.13 kg ganja, 92 gram ICE dan 56 gram bahan psikoaktif baru ditemui.



Satu lagi pasukan pegawai CNB menyerbu sebuah unit rumah kedai di sepanjang Geylang Road dan suspek berusia 26 tahun yang meninggalkan kemudahan perubatan awal sebelum itu diberkas.



Seorang lelaki warga Singapura berusia 29 tahun juga diberkas di rumah kedai Geylang itu.



CNB sedang menyiasat kegiatan dadah semua suspek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >