BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah memberkas 81 orang yang disyaki pengedar dan penagih dadah serta merampas dadah bernilai $314,000 dalam operasi tiga hari yang berakhir semalam.
Merumuskan hasil operasi menerusi satu kenyataan semalam CNB mendedahkan seramai 26 orang yang disyaki pengedar dan lagi 55 yang disyaki penagih dadah telah diberkas dalam operasi serata pulau itu.