Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB rampas dadah bernilai $410,000; 5 warga S'pura ditangkap

Nov 17, 2020 | 07:15 PM



DADAH sejumlah $410,000 dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu siri operasi membanteras penyalahgunaan dadah pada Isnin (16 November) dan Selasa (17 November) dengan lima warga Singapura ditangkap.



Menurut CNB dalam laman Facebook, dadah yang dirampas itu termasuk lebih 1 kilogram dadah 'methamphetamine' atau 'Ice', yang dikenal pasti CNB mampu memenuhi ketagihan sekitar 750 penyalah guna dadah bagi tempoh seminggu.



Pegawai CNB juga menemui senjata merbahaya dan wang tunai sejumlah $18,250.



Mereka juga menangkap lelaki warga Singapura berusia 34 tahun yang disyaki adalah pengedar dadah di Somme Road di Jalan Besar pada Isnin. Tiga peket mengandungi 37 gram 'Ice' dan 11 pil Ecstasy ditemui bersama lelaki itu.



Apabila tempat persembunyiannya diserbu, 1,276 gram 'Ice', 342 gram kanabis, 46 gram ketamin, 161 pil Ecstasy dan wangian, 18 pil Erimin-5, enam setem LSD (halusinogen yang dibubuh pada kertas lap - dan sebotol cecair yang disyaki mengandungi bahan psikoaktif Gamma-Hydroxybutyrate (GHB) turut ditemui.



Pelbagai peralatan dadah dan wang tunai sejumlah $14,000 juga ditemui.



Pada hari yang sama, pegawai CNB juga menangkap lelaki berusia 25 tahun dan dua wanita berusia 19 dan 24 tahun berhampiran hotel di kawasan Balestier Road.



Menurut CNB, lelaki itu berkasar untuk mengelakkan dirinya daripada diberkas lantas pegawai CNB terpaksa bertegas untuk melembutkan dirinya.



Satu bungkusan mengandungi 1 gram Ice, sebotol cecair yang dipercayai mengandungi GHB dan pisau karambit ditemui dalam tangan lelaki berusia 25 tahun itu.



Dalam operasi susulan pada Selasa, pegawai CNB menyerbu unit perumahan di kawasan Yishun Ring Road dan menangkap seorang lelaki Singapura berusia 25 tahun.



Pil Erimin-5 dan 20 pil yaba - juga dikenali sebagai 'methamphetamine' - ditemui di unit tersebut.



Apabila digeledah kenderaan milik lelaki itu, 10 pil Ecstasy dan wang tunai sejumlah $4,250 ditemui.



Siasatan mengenai kegiatan dadah kesemua yang disyaki sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >