Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB rampas dadah bernilai lebih $360,000 dalam operasi di Yishun

Apr 16, 2020 | 11:14 AM



LIMA remaja diberkas dan sejumlah besar dadah bernilai sekurang-kurangnya $360,000 telah berjaya dirampas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu operasi yang dijalankan malam kelmarin.



Dalam kenyataannya CNB berkata, kesemua remaja diberkas berusia 20-an tahun dan merupakan warga Singapura.



Menurut CNB, anggotanya telah memintas sebuah kereta yang dipandu seorang suspek berusia 22 tahun di kawasan Yishun Street 11, tatkala ia mahu keluar dari tempat meletak kereta. Sedang anggotanya mahu memberkas suspek, dia bertindak ganas dan langkah tegas perlu diambil untuk menahannya. 



"Para pegawai kami memeriksa keretanya dan menemui kira-kira 1,400g heroin, wang tunai berjumlah $12,600 dan satu besi buku lima (knuckle duster).



Suspek kedua dibawa ke tempat tinggalnya di kawasan yang sama. Dianggarkan, sejumlah 2,100 pil ‘Ecstasy’,  4,100 pil Erimin-5 , 6g ketamin, 22g ‘Ice’, 32g serbuk ‘Ecstasy’ dan 66g ganja ditemui dalam unit rumahnya. Perkakas bagi penggunaan dadah seperti alat merokok yang diubahsuai, alat timbang digital, dan wang tunai $9,000 dan RM912 ($299) juga ditemui di unit rumahnya. 



Satu kumpulan anggota CNB lain telah menyerbu sebuah lagi unit kediaman di Yishun Avenue 9 dan memberkas seorang wanita berusia 21 tahun dan lelaki berusia 24 tahun dalam unit tersebut. Sejumlah 14 pil ‘Ecstasy' dan 43g ganja ditemui di unit itu. 



Pada petang yang sama, satu lagi kumpulan anggota CNB telah memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun di lobi lif sebuah blok di Yishun Avenue 4. Wang tunai $11,950 ditemui dalam kenderaan yang disewa suspek. Suspek dibawa ke rumahnya dan kira-kira 3g ‘Ice’, 2,362g heroin dan 12 pil ‘Ecstasy’ ditemui dalam unitnya. Anggota CNB juga menemui pisau kerambit dan alat kejutan elektrik semasa serbuan itu. Tidak lama kemudian, seorang wanita berusia 23 tahun juga diberkas apabila kembali ke unit tersebut. 



Siasatan ke atas kesemua aktiviti dadah oleh kesemua suspek sedang berjalan. 



Menurut CNB, heroin seberat 3.7kg itu cukup untuk disalahgunakan oleh kira-kira 1,790 penagih untuk selama semingu. 



"Dalam keadaan sekarang yang mencabar, CNB akan terus melakukan operasi penguatkuasaan demi memastikan negara ini selamat dari dadah," kata CNB.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >