Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB rampas dadah hampir $1.2j dalam operasi lima hari

May 14, 2022 | 05:30 AM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah merampas dadah ditaksirkan bernilai $1,195,000 di pasaran dalam operasi antidadah selama lima hari yang berakhir pagi semalam.



Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun merupakan antara 102 suspek dicekup dalam operasi yang bermula 9 Mei lalu.



Hasil rampasan keseluruhan operasi itu merangkumi pelbagai jenis dadah, termasuk lebih 6 kilogram heroin, sekitar 700 gram 'Ice', 20.4 kg ganja, 3 gram Bahan Psikoaktif Baru (NPS), satu pil Ecstasy, dua botol yang disyaki mengandungi gamma-hydroxybutyrate (GHB) dan 16 tablet metadon.



Dalam kenyataan semalam, CNB berkata jumlah dadah yang dirampas cukup untuk digunakan 2,910 penyalahguna ganja dan 2,960 penagih heroin dan 410 pengguna 'Ice' selama seminggu.



Serbuan dijalankan di Ang Mo Kio, Bukit Batok dan Yio Chu Kang dan mencapai hasil operasi terbesar tahun ini.



Menurut CNB, tiga lelaki telah ditahan dalam satu operasi Rabu lalu (11 Mei) dan dadah bernilai sekitar $1,039,000 dirampas di dua lokasi - Bendemeer Road dan estet perumahan Braddell View.



Dua warga Singapura berusia 57 tahun dan 65 tahun telah diberkas dengan sekitar 800 gram heroin dan 16 tablet metadon dirampas di Bendemeer Road.



Menyusuli itu, pegawai CNB telah ke Braddell View dan menahan seorang warga Malaysia berusia 24 tahun, dan telah merampas sekitar 20.4 kilogram kanabis dan sekitar 4 kilogram heroin, di apartmennya dan di tempat persembunyiannya di blok yang sama.



Menurut CNB, ketiga-tiga lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah tengah hari semalam.



Dalam satu kes berasingan pada 10 Mei pula, pegawai CNB mendedahkan ia telah menyerbu sebuah unit berhampiran Marine Crescent dan menahan warga Singapura berusia 54 tahun, yang disyaki mengedar dadah.



CNB merampas 642 gram 'Ice', satu Ecstasy dan beberapa peralatan dadah.



Di samping itu, dua lelaki warga Singapura berusia 25 dan 58 tahun di kawasan yang sama juga ditahan. Dadah 'Ice' seberat 8 gram dan peralatan dadah ditemui pada lelaki berusia 58 tahun itu.



Menurut CNB, lelaki berusia 54 tahun itu adalah ayah kepada pemuda berumur 25 tahun.



Timbalan pengarah CNB (Operasi), Penolong Pesuruhjaya (AC) Leon Chan berkata, ekonomi Singapura yang terbuka dan berhampiran dengan kawasan pengeluaran dadah utama, meletakkan Singapura dalam bahaya yang berterusan melihat kepada peningkatan pengguna narkotik.



"Walaupun keadaan dadah di Singapura agak terkawal, kita tidak boleh mengambil mudah hal ini.



"Undang-undang yang tegas dan sokongan berterusan orang ramai adalah kunci untuk Singapura bebas daripada dadah.



"CNB juga tidak berputus asa dalam usaha penguatkuasaan kami, dan kami terus menyasarkan bekalan dadah dan permintaan dalam Singapura, bersama-sama dengan pasukan Home Team yang lain," kata AC Chan.



Menurut Akta Penyalahgunaan Dadah, menjadi satu kesalahan untuk menyeludup masuk atau mengedar dadah.



Jika didapati bersalah memperdagangkan lebih daripada 15 gram heroin tulen (diamorphine), 250 gram methamphetamine atau 500 gram ganja, individu boleh menghadapi hukuman gantung.



Siasatan atas semua kegiatan dadah dan suspek masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >