HAMPIR 1.5 kilogram heroin, bernilai kira-kira $ 102,000, telah dirampas dalam satu operasi Biro Narkotik Pusat (CNB).
Enam orang - lima lelaki dan seorang wanita - ditahan berikutan serbuan yang dilakukan pada Selasa lalu. (4 Sept).
CNB, dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata, bahawa 1.45 kilogram heroin yang dirampas dalam operasi itu “cukup untuk memenuhi ketagihan lebih daripada 690 penagih selama seminggu”.
Pegawai CNB telah dikerah ke kawasan Tuas South Avenue 1 pada Selasa lalu untuk melakukan pemeriksaan ke atas sekumpulan pengedar dadah yang disyaki.
Pada kira-kira 5.45 petang, dua kereta – Toyota hitam dan Nissan biru -– telah dikesan. Sebuah motosikal menyertai mereka sejurus itu.
Seorang lelaki Malaysia berusia 24 tahun, yang menunggang motosikal, bertemu dengan lelaki Singapura berusia 48 tahun yang memandu Nissan biru. Mereka kemudian kembali ke kenderaan masing-masing dan meninggalkan tempat.
Tidak lama selepas itu, pegawai CNB bertindak menangkap individu yang terlibat.
Para pegawai menemui kira-kira 477 gram heroin dalam beg plastik di atas lantai bahagian tempat duduk penumpang hadapan kereta Nissan.
Penumpang lelaki berusia 48 tahun dalam kereta Nissan juga didapati mempunyai kira-kira 38 gram heroin dan sebilangan kecil Ice atau methamphetamine, di dalam poketnya.
Dia juga membawa wang tunai kira-kira $1,450. Dia ditahan bersama pemandu Nissan.
Penunggang motosikal berusia 24 tahun itu juga ditahan bersama penunggang lelaki berusia 20 tahun.
Bakul di motosikalnya itu mengandungi 936g heroin. Penunggang motosikal juga mempunyai wang tunai $7,402 bersamanya. Kedua-dua lelaki adalah rakyat Malaysia.
Di kereta Toyota hitam, yang dipandu seorang warga Singapura berusia 40 tahun, kantung yang mengandungi kira-kira 29gram Ice, 3gram ketamine, 5gram ganja, 22 pil ekstasi dan 86 tablet Erimin5 telah ditemui. Pemandu itu kemudiannya diberkas.
Pegawai CNB meneruskan operasi dengan menyerbut tempat persembunyian dan unit kediaman dua suspek.
Satu paket kecil Ice dan beberapa alat penggunaan dadah, ditemui di tempat persembunyian pemandu Nissan, yang terletak di sekitar Town Hall Link.
Seorang wanita Singapura berusia 31 tahun, yang merupakan penyalahguna dadah yang disyaki, juga ditangkap.
Di kediaman pemandu Toyota di Boon Lay Avenue, 9 gram Ice, 4 gram ketamine, 7 gram ganja dan tiga pil Ecstasy telah temui.
Siasatan bagi kes dadah masih diteruskan.