Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB rampas jumlah dadah terbesar bernilai hampir $2j

Nov 13, 2020 | 05:07 PM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) berjaya merampas sejumlah 14.1kg dadah dalam satu serbuan heroin terbesarnya dalam tempoh 19 tahun.



Dalam operasi itu pegawai CNB turut merampas beberapa jenis dadah lain.




Sekitar 2.8kg crystalline methamphetamine, yang juga dikenali sebagai Ice, 7.5kg ganja, 323g serpihan Ecstasy, 28 tablet Ecstasy, 1,008 tablet Erimin-5 dan wang tunai berjumlah $12,629 turut dirampas di beberapa lokasi dalam serbuan Rabu lalu.




Jumlah keseluruhan dirampas itu dianggar bernilai hampir $2 juta, kata CNB pada Khamis (13 Nov).

 



Pada 2001, CNB merampas 14.9kg dadah.

 



Dalam serbuan terbaru, tiga lelaki dan dua wanita, berusia antara 29 dengan 55 tahun, diberkas kerana disyaki terlibat.




Semua mereka merupakan warga Singapura, kecuali seorang wanita yang merupakan penduduk tetap (PR) di sini.




CNB berkata siasatan masih dijalankan.

 



Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh memuaskan ketagihan 6,740 penyalahguna heroin, 1,630 penyalahguna Ice, dan 1,080 penyalahguna ganja selama seminggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >