Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB siasat video belia guna alat dadah

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah mengenal pasti seorang belia perempuan yang didakwa menggunakan dadah menerusi satu alat yang disiarkan dalam satu video tersebar dalam talian.



Individu itu sedang membantu dalam siasatan, tetapi telah dibebaskan kepada ibu bapanya dengan ikat jamin, kata CNB dalam satu kenyataan malam kelmarin.



"Sedang siasatan masih dijalankan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebar video tersebut.



"Setiap orang, termasuk ibu bapa dan masyarakat, memainkan peranan untuk melindungi belia kita daripada bahaya dadah," kata CNB.



Dalam laporan tahunannya yang dikeluarkan baru-baru ini, CNB berkata individu di bawah usia 30 tahun membentuk sekitar 62 peratus daripada 1,143 penyalah guna dadah baru yang diberkas tahun lalu.



Bilangan penyalah guna dadah baru pula merangkumi 38 peratus daripada jumlah keseluruhan 3,014 penyalah guna dadah yang diberkas tahun lalu.



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara mengenal pasti tanda-tanda amaran masalah dadah, serta cara mendekati belia untuk menyebar mesej antidadah, di laman www.cnb.gov.sg.



Ibu bapa juga boleh menghubungi talian CNB di 1800-325-6666 untuk mendapatkan nasihat dan bantuan jika mereka mengesyaki atau bimbang anak mereka mungkin terjebak dengan dadah.



Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dadah boleh membuat laporan kepada CNB dengan menghubungi talian sama itu atau menerusi laman https://www.eservices.cnb.gov.sg/feedback.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >