Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

CNB tahan 100 suspek dalam operasi seluruh SG

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CNB tahan 100 suspek dalam operasi seluruh SG

Jan 22, 2022 | 05:30 AM

BIRO Narkotik Pusat (CNB) telah menahan seramai 100 suspek pesalah dadah dalam satu operasi seluruh pulau yang dijalankan dari Isnin hingga semalam.

Semasa operasi tersebut, dadah terkawal kira-kira 5,640 gram heroin; 1,744gram 'Ice'; 1,308 gram ganja; 5 gram dadah psikoaktif baru (NPS); 24 lysergic acid diethylamide (LSD); lebih 3,000 pil 'Ecstasy'; 654 pil Erimin-5, dan tiga botol metadon telah dirampas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh CNB semalam, dadah yang dirampas itu bernilai anggaran lebih $835,000.

Operasi tersebut meliputi kawasan seperti termasuk Jurong West, Pasir Ris dan Woodlands.

Kata CNB, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dalam operasi itu cukup untuk memenuhi ketagihan 2,690 penyalahgunaan heroin, 1,000 penyalahgunaan 'Ice' dan 190 penyalahgunaan ganja selama seminggu.

Dalam salah satu kes dalam operasi itu, pegawai CNB telah menangkap seorang lelaki yang tidak mempunyai kerakyatan berusia 61 tahun di sekitar Circuit Road kerana disyaki melakukan kesalahan dadah pada 19 Januari pagi.

Lelaki itu didapati mempunyai kira-kira 54 gram heroin dan 8 gram ganja.

Dalam satu operasi susulan pada pagi yang sama, pegawai CNB telah memberkas seorang lelaki warga Singapura berusia 35 tahun di Telok Blangah Rise kerana disyaki melakukan kesalahan mengedar dadah.

Kira-kira 870 gram heroin, 292 gram 'Ice', 28 tablet nitrazepam dan pelbagai peralatan dadah ditemui daripada lelaki berusia 35 tahun itu.

Dalam serbuan berasingan pada petang 19 Januari, pegawai CNB, disokong oleh pegawai dari Pasukan Polis Singapura (SPF), telah menangkap seorang lelaki Singapura berusia 44 tahun di tingkat bawah blok apartmen di sekitar Fajar Road dan memberkas kira-kira 2 gram heroin daripadanya.

Lelaki itu kemudian dibawa ke unit kediamannya di blok yang sama, di mana dua lagi lelaki warga Singapura berusia 39 dan 58 tahun ditangkap di unit yang sama.

Kira-kira 120 gram heroin, 11 gram 'Ais', dan pelbagai peralatan dadah telah dirampas daripada unit itu selepas pemeriksaan dilakukan.

Seorang lelaki warga Singapura berusia 30 tahun kemudiannya ditahan di kawasan yang sama kerana disyaki menyalahguna dadah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3