Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB tangkap lelaki tempah ganja dalam talian, 3 suspek pengedar heroin

Feb 09, 2017 | 08:18 AM



SEORANG suspek pesalah dadah yang menempah ganja dan minyak ganja sintetik dalam talian ditangkap dalam satu operasi Biro Narkotik Pusat (CNB).



Dalam satu kenyataan pada Rabu (8 Feb), CNB berkata sebuah bungkusan mencurigakan - mengandungi sebungkus bahan sayur, dipercayai ganja, dan empat botol yang disyaki minyak ganja sintetik - dirujuk kepadanya.



Pada Selasa (7 Feb), menyusuli satu siasatan, pegawai CNB menyerbu rumah orang yang seharusnya menerima bungkusan itu - seorang lelaki berusia 21 tahun - dan menangkapnya.



Mereka juga menemui empat botol lain yang disyaki minyak ganja sintetik.



Jurucakap CNB berkata penggunaan, pemilikan, pengedaran, import atau eksport tanpa kebenaran sembarang dadah terkawal Kelas A, seperti ganja, adalah suatu kesalahan.



"Terdapat dakwaan mengenai keberkesanan ganja sebagai ubat. Bagaimanapun, dakwaan itu tidak meyakinkan dan tidak terbukti," kata jurucakap CNB.



Secara berasingan, tiga suspek pengedar dadah ditangkap dan kira-kira 1.6kg heroin bernilai lebih $100,000 dirampas pada Rabu.



Seorang suspek, lelaki warga Singapura berusia 47 tahun, ditangkap di rumahnya di Jurong West Street 52.



Kira-kira 240g heroin ditemui disembunyikan dalam dua kasut di rak kasut di luar flat itu, dan kira-kira 1,350g lagi ditemui dalam bilik stor.



Wang tunai $97,500 ditemui tersembunyi dalam peti sejuk di dapur.



Sekumpulan lagi pegawai CNB menangkap dua lelaki Malaysia yang disyaki pengedar dadah, berumur 30 dan 33 tahun, di tempat letak kenderaan di kawasan sama.



Wang tunai $6,900 ditemui pada lelaki berusia 30 tahun itu.



Siasatan sedang dijalankan bagi semua kes tersebut.



Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntuk hukuman mati jika jumlah diamorphine, atau heroin tulen, yang diperdagang melebihi 15g.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >