PENDUDUK kondominium Riviera 38 menyambut Tahun Baru Cina dengan penuh warna-warni bersama Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, baru-baru ini.
Sekitar 70 penduduk kondominium itu, yang terletak di Mar Thoma Road, dekat Serangoon Road, meraikan Tahun Baru Cina dengan persembahan tarian singa dan sesi lo hei dengan yusheng.