Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COC teruskan tindakan larang pemimpin CHC pegang jawatan utama

Oct 23, 2015 | 11:56 AM



PADERI Kong Hee mungkin tidak lama lagi dilarang memegang sembarang jawatan rasmi di Gereja City Harvest (CHC) yang diasaskannya.


Pejabat Pesuruhjaya Pertubuhan Amal (COC) telah menyatakan ia tidak lama lagi akan meneruskan prosiding bagi melarang Kong dan empat pemimpin lain gereja itu yang didapati bersalah melakukan penipuan pada Rabu (21 Okt), menjadi anggota lembaga pengelola, pegawai utama, pemegang amanah, ejen atau pekerja CHC.


Kong boleh meneruskan tugas agamanya sebagai paderi, yang berasingan daripada memegang sebarang jawatan tadbir urus atau pengurusan gereja tersebut, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat.


Pejabat COC juga berkata pada April 2013 ia mengarahkan gereja itu memberi pengemaskinian tetap mengenai "kegiatan utama dan kedudukan kewangan amalnya bagi pemantauan rapi" dan bekerja dengannya untuk memastikan tadbir urus betul.


Tindakan itu berikutan siasatan mengenai akaun gereja tersebut yang mendapati dananya disalah urus.


Kong, seorang ahli lembaga CHC, dan yang lain yang menghadapi tindakan itu diberi hingga Julai tahun itu untuk menjelaskan mengapa mereka tidak boleh dikeluarkan.


Bagaimanapun pada Ogos 2013, selepas menerima permintaan daripada lembaga CHC, COC bersetuju menangguhkan prosiding hingga akhir perbicaraan jenayah mereka.


Sementara itu, mereka terus digantung daripada jawatan mereka.


Pada 20 Nov, peguam akan menyampaikan penghujahan lisan mengenai hukuman. Peringkat seterusnya ialah hakim akan menjatuhkan hukuman.


Akhbar itu melaporkan COC berkata "prosiding bagi mengeluarkan mereka akan disambung semula... selepas mahkamah perbicaraan menjatuhkan hukuman".


"COC akan mendapatkan perwakilan daripada gereja dan tujuh individu yang digantung itu mengenai mengapa COC tidak perlu mengeluarkan mereka."


Selain Kong Hee, tindakan tersebut akan diambil ke atas pengurus kewangan CHC, Serina Wee dan Sharon Tan; timbalan paderi kanan Tan Ye Peng; bekas ahli jawatankuasa kewangan John Lam; serta dua ahli eksekutif, Kelvin Teo Meng dan Jacqueline Tan.


Bekas pengurus dana CHC, Chew Eng Han, yang juga didapati bersalah pada Rabu, menghadapi tindakan COC itu tetapi dia telah berhenti daripada gereja tersebut.


Isteri Kong, penyanyi Ho Yeow Sun, 43 tahun, pengasas bersama gereja itu dan menjadi pengarah eksekutifnya, turut disiasat.


Namun, pejabat COC menyatakan penggantungan ke atas Cik Ho telah ditarik balik memandangkan "tidak cukup bukti terhadap beliau".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >