Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE: Harga hampir tidak berubah

COE
Jan 07, 2021 | 05:30 AM



HARGA sijil hak memiliki kenderaan (COE) hampir tidak berubah daripada harga dua minggu lalu selepas tender pertama tahun ini semalam.



Bagi kereta hingga 1,600 cc, atau 1.6 liter, dan 130 brek kuasa kuda (bhp), harga COE-nya meningkat sedikit kepada $40,609, daripada $40,556 dua minggu lalu.



Harga COE kereta lebih 1,600 cc, atau 130 bhp, turun sedikit kepada $49,001 daripada $49,300 pada tender lalu.



Bagi kategori Terbuka - yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, tetapi kerap digunakan bagi kereta lebih besar - harga COE-nya jatuh $11, daripada $49,500 kepada $49,489.



Harga COE bagi kenderaan komersial pula lebih tinggi, iaitu $35,900 berbanding $35,201 pada tender dua minggu lalu.



Harga COE motosikal turun kepada $7,501 daripada $7,689 pada tender lalu.



Penjual kereta berkata walaupun prospek ekonomi tidak menentu berkemungkinan menjejas permintaan bagi kereta, kawalan bergerakan yang sedang berjalan dek Covid-19 mungkin membuat orang ramai berpaling ke barangan pengguna lain, termasuk kereta, lapor akhbar The Straits Times.



Ia juga berkata bekalan COE tahun ini tidak dijangka berubah ketara daripada bekalan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >