Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

COE: Harga naik sedang ekonomi dibuka semula

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

COE: Harga naik sedang ekonomi dibuka semula

COE
Aug 19, 2021 | 05:30 AM

HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) meningkat, sedang ekonomi dibuka semula menyusuli pelonggaran terkini sekatan pandemik ovid-19, dengan harga COE motosikal mencapai harga paling tinggi dalam sejarahnya.

Harga COE kereta hingga 1,600 cc dan 130 brek kuasa kuda (bhp) ialah $45,689, 1.1 peratus lebih tinggi daripada dua minggu lalu. Harga COE kereta lebih 1,600cc atau 130 bhp pula meningkat 8.9 peratus mencapai $61,001 - tertinggi dalam empat bulan.

Harga COE kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang kenderaan kecuali motosikal tetapi biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, naik 8.9 peratus kepada $64,901, tertinggi sejak Julai 2015.

Harga COE motosikal kini $9,500, 6.8 peratus lebih tinggi daripada harga sebelumnya. Sementara itu, harga COE kenderaan komersial merosot 6 peratus kepada $40,010.

Menurut The Straits Times, harga COE kereta lebih besar meningkat selaras harga kereta lain menunjukkan pasaran aliran utama lemah.

Pemerhati berkata pembeli kereta lebih besar kurang dipengaruhi harga apabila membuat keputusan membeli kereta, sementara penjual kereta lebih berupaya membida bagi COE.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3