Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

COE kereta besar lebih rendah daripada kereta kecil

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

COE kereta besar lebih rendah daripada kereta kecil

Jan 21, 2016 | 09:12 AM

HARGA Sijil Hak Memilik (COE) kereta kecil naik pada Rabu (20 Jan) dan sekarang lebih tinggi daripada kereta besar.

Premium COE kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp ditutup pada $51,301, iaitu 14 peratus lebih tinggi daripada harga dua minggu lalu.

Harga COE bagi kereta lebih 1,600 cc atau 130bhp jatuh 8.8 peratus kepada $50,089 - terendah sejak November 2010. Ini antara keadaan yang jarang berlaku apabila harga COE kereta besar jatuh di bawah premium kereta lebih kecil.

Harga COE kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta besar, jatuh 7.4 peratus kepada $51,000, paling rendah dalam lebih lima tahun dan juga lebih rendah daripada premium kereta kecil.

Premium kenderaan komersial naik 10.6 peratus kepada $46,502, sementara bagi motosikal turun kepada $6,512, daripada paras rekod tertinggi tinggi $6,889.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3