Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

COFA: Asatizah dan karyawan main peranan bangun asatizah

Aug 07, 2019 | 05:30 AM



JAWATANKUASA yang dibentuk untuk melakar strategi membangun tenaga kerja asatizah setempat perlu dibentuk asatizah sendiri dan pakar dalam bidang bukan agama yang relevan seperti kaunseling dan kerja sosial.



Asatizah memberi pandangan penting tentang ciri-ciri yang perlu dimiliki asatizah di masa hadapan, sementara karyawan dari bidang bukan agama boleh memberi nasihat tentang trend industri dan latihan dalam bidang bukan agama, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar Negeri) Dr Mohamad Maliki Osman.



"Asatizah di masa hadapan perlu dilengkapkan dengan asas agama yang kukuh, serta kemahiran yang relevan bagi pasaran kerja," kata Dr Maliki.



Dr Maliki berkata demikian di parlimen semalam, untuk menjawab soalan dari Anggota Parlimen (AP) Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) berhubung Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA).



Menurut Dr Maliki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menimbangkan dua faktor utama semasa memilih anggota COFA, iaitu ilmu agama kukuh yang diperlukan asatizah di masa hadapan dan kemahiran yang membolehkan mereka kekal relevan dalam pasaran kerja.



"COFA perlu diwakili anggota dari golongan asatizah kerana usahanya mempunyai kesan langsung kepada asatizah. Asatizah tua dan muda, pemimpin masyarakat Melayu/Islam, serta ketua madrasah telah dilantik ke COFA kerana mereka memberikan pandangan penting tentang ciri-ciri utama yang perlu dimiliki asatizah di masa hadapan dan cara memupuk ciri-ciri ini," kata Dr Maliki.



"Karyawan dari pelbagai bidang pula boleh memberi nasihat tentang trend industri... dan pendidikan dan latihan berterusan dalam sektor bukan agama seperti kerja sosial dan kaunseling, yang boleh disertai asatizah," tambah beliau.



Dalam pada itu, Dr Maliki berkata, lebih 400 individu dari pelbagai latar belakang telah memberi maklum balas tentang usaha membangun asatizah masa hadapan menerusi pelbagai wadah.



Pihak awam juga boleh berbuat demikian menerusi wadah khas yang disediakan di dalam talian, kata Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >