Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cofa usaha tingkat tenaga kerja asatizah; manfaat masyarakat

Apr 30, 2019 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Asatizah Masa Depan (Cofa) telah menubuhkan sebuah wadah gerbang tinjauan dalam talian bagi membolehkan orang ramai menyumbang ke arah perkembangan asatizah setempat.



Tinjauan yang terdapat dalam laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu membolehkan orang ramai memberi maklum balas mengenai visi dan jangkaan mereka dalam menyumbang kepada jangkaan dan aspirasi mereka terhadap asatizah yang mereka impikan di masa hadapan.



Ini diumumkan pengerusi Cofa dan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan) Dr Mohd Maliki Osman selepas satu sesi perbincangan dengan asatizah, menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



"Cofa berusaha untuk mempertingkat sektor asatizah dan pada masa yang sama memanfaatkan masyarakat.



"Pertama, usaha melibatkan masyarakat melebihi pemegang taruhan sedang dilakukan dengan pelancaran kajian dalam talian bagi menggalak orang ramai menawarkan maklum balas mengenai visi dan jangkaan mereka tentang asatizah masa hadapan.



"Kedua, Cofa akan mengkaji cara mempertingkat tenaga kerja asatizah sejajar dengan doktor dan peguam," kata Dr Maliki.



Beliau berasa adalah penting mendapatkan sokongan masyarakat dan pihak berkepentingan bagi meningkatkan kerjaya asatizah itu.



Dengan sokongan tersebut, Cofa juga berharap untuk menunjukkan kemajuan dalam melaksanakan kurikulum Sijil Pos Siswazah Bagi Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) dan pembangunan Kolej Islam Singapura dalam usaha melahirkan asatizah yang berupaya memimpin dalam Islam kontemporari di sini dan di rantau ini.



Dalam pada itu, Dr Maliki berkata asatizah akan juga diberi wadah untuk melahirkan keprihatinan mereka dan Cofa akan mendengar maklum balas.



"Pada masa yang sama, asatizah boleh menjangkakan bahawa Cofa akan berusaha mencapai yang terbaik bagi sektor tersebut sedang kami berusaha menangani isu-isu penting dan menyemak bagaimana untuk menambah nilai peranan asatizah dalam kalangan masyarakat," kata Dr Maliki.



Tinjauan dalam talian itu boleh diperolehi menerusi laman Muis bermula akhir April ini dan akan memberi tumpuan kepada tiga bidang: pembangunan asatizah masa depan; peranan, kemahiran dan kecekapan asatizah; serta pendidikan dan latihan asatizah.



Cofa ditubuhkan pada 8 Mac lalu bagi berinteraksi dengan pihak berkepentingan dan menasihati Muis dalam usaha mengukuhkan pembangunan tenaga kerja asatizah setempat.



Ia turut dianggotai golongan asatizah, pemimpin masyarakat dan individu dengan kepakaran profesional yang relevan.



Anggota lain termasuk Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram; ketua penyelidik SkillsFuture Singapura (SSG), Dr Gog Soon Joo; serta Pengarah Kanan Dasar dan Pembangunan Keagamaan Muis, Ustaz Dr Nazirudin Nasir.



Untuk menyertai tinjauan itu, lungsuri laman https://www.muis.gov.sg/Our-Services/COFA.



Laporan lanjut: Cofa anjur 13 sesi perbincangan




"Cofa (Jawatankuasa Asatizah Masa Depan) berusaha untuk mempertingkat sektor asatizah dan pada masa yang sama memanfaatkan masyarakat. Pertama, usaha melibatkan masyarakat melebihi pemegang taruhan sedang dilakukan dengan pelancaran kajian dalam talian bagi menggalak orang ramai menawarkan maklum balas mengenai visi dan jangkaan mereka tentang asatizah masa hadapan. Kedua, Cofa akan mengkaji cara mempertingkat tenaga kerja asatizah sejajar dengan doktor dan peguam."
- Dr Mohd Maliki Osman, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan) yang juga Pengerusi Cofa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >