Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cold Storage minta maaf promosi daging lembu 'tidak sensitif' semasa Deepavali

Nov 02, 2016 | 11:41 AM



RANGKAIAN pasar raya Cold Storage telah memohon maaf bagi satu promosi harga daging lembu di sebuah pasar rayanya semasa Deepavali, dan mengakui ia "tidak sensitif" terhadap penganut agama Hindu.



Sebuah gambar promosi itu, yang mengiklankan diskaun 38 peratus bagi produk daging lembu tertentu, dimuat naik oleh pengguna Twitter @AdamFlinter pada Isnin (31 Okt).



"Promosi #deepavali Cold Storage ialah bagi daging lembu!!! Kefahaman kebudayaan eh?" tulis beliau, sambil menambah gambar itu daripada seorang kawannya.



Penganut Hindu umumnya menahan diri daripada memakan daging lembu kerana mereka menganggap haiwan itu suci.



Pada Rabu (2 Nov), Cold Storage menjelaskan promosi tersebut dipasang di sebuah pasar rayanya oleh seorang anggota rendah pasukannya yang "terlepas pandang sensitiviti budaya"



Ia berkata: "Kami telah menerangkan dan mengajarnya mengenai sensitiviti budaya dan beliau memberi jaminan kepada kami beliau tidak berniat tidak menghormati penganut Hindu. Kami juga mengambil peluang ini dengan segera untuk melatih semua ahli pasukan kami agar prihatin terhadap sensitiviti budaya di Singapura.



"Kami memohon maaf kepada semua penganut Hindu yang menyambut Deepavali mengenai perkara ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >