Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ComfortDelGro cuba khidmat kereta sewa privet

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



COMFORTDELGRO Taxi akan melancarkan satu projek percubaan perkhidmatan e-panggilan pengangkutan (ride-hailing) baru dengan sejumlah kecil kereta sewa privet (PHC) minggu depan, umum syarikat itu semalam.



Menerusi projek percubaan yang bakal dilancar pada 4 Februari itu, langkah tersebut bertujuan menambah bekalan 10,000 teksi yang ia ada sekarang.



Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata ia akan menilai respons terhadap perkhidmatan itu dan membukanya secara bertahap kepada lebih ramai pemandu PHC selepas tempoh percubaan berakhir sekitar Mac.



Mulai semalam juga, ComfortDelGro Taxi merekrut sekumpulan kecil pemandu PHC bagi percubaan perkhidmatan itu untuk mengumpul maklum balas daripada mereka.



Sepanjang tempoh percubaan, yuran komisen bagi tempahan kenderaan lebih rendah daripada kadar pasaran, ujar syarikat itu.



Perkhidmatan PHC itu boleh didapatkan hanya menerusi pilihan tempahan ComfortRide, yang akan menawarkan penumpang pilihan menempah teksi dan juga PHC.



Penumpang boleh memilih salah satu dariapda dua pilihan - menempah "teksi atau kereta" atau "teksi sahaja" semasa membuat tempahan menerusi ComfortRide.



Sekiranya mereka memilih tempahan teksi atau kereta, mereka akan ditawar PHC atau teksi bagi perjalanan mereka.



Jika mereka memilih menempah teksi sahaja, mereka akan ditawar teksi ComfortDelGro.



Hanya bayaran tanpa tunai menerusi aplikasi itu boleh diterima bagi pilihan khidmat tempahan kenderaan, dengan tiada bayaran pentadbiran dikenakan bagi bayaran menggunakan kad kredit atau kad debit atau wadah bayaran tanpa tunai lain.



Pemandu yang diundang menyertai program itu akan menjalani sesi latihan dua jam untuk membiasakan diri mereka dengan aplikasi pemandu yang membolehkan mereka menerima tempahan ComfortRide.



Menurut ComfortDelGro Taxi, mereka akan mengundang lebih ramai pemandu secara bertahap apabila permintaan bagi perkhidmatan itu bertambah.



Mengulas tentang langkah itu semalam, Persatuan Teksi Nasional (NTA) berkata beberapa pemandu teksi ComfortDelGro bimbang ini boleh menjejas pendapatan mereka, lebih-lebih lagi kerana permintaan bagi perkhidmatan mereka belum pulih ke paras sebelum Covid-19.



"Ada juga pemandu lebih berusia yang tidak biasa menggunakan aplikasi mudah alih. Untuk menangani sesetengah keprihatinan ini, satu saranan yang timbul daripada usaha pendekatan kami ialah mengurangkan bayaran sewa sekiranya pendapatan mereka terus merosot," kata Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Anggota Parlimen (AP) buruh Cik Yeo Wan Ling yang berkata NTA akan terus mendapatkan maklum balas dan menghubungi ComfortDelGro bagi memastikan keadaan bermanfaat bagi pemandu teksi dan penumpang.



Sedang CDG menyokong skim pemerintah dan proaktif melancarkan bantuan bagi pemandu teksi terjejas oleh Covid-19, Cik Yeo berkata kehidupan dan mata pencarian pemandu teksi terus menjadi keutamaan pertamanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >