Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ComfortDelGro gabung aplikasi tempah teksi, gaya hidup

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



PENGENDALI pengangkutan ComfortDelGro kini menggabungkan aplikasi tempahan teksinya bersama aplikasi gaya hidup Zig mulai 20 April untuk memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatannya dalam satu wadah.



Dipanggil CDG Zig, aplikasi baru itu akan membolehkan pengguna menempah teksi dan membuat tempahan restoran - mengekalkan ciri Zig yang kini telah ditamatkan penggunaannya - dan juga mencari pengecas kenderaan elektrik terdekat yang dikendalikan oleh syarikat usaha sama kumpulan itu, ComfortDelGro Engie.



Dalam masa akan datang, CDG Zig juga dikatakan menawarkan penyewaan kereta dan membenarkan pemandu pelajar menempah pelajaran memandu.



Pengguna juga mungkin boleh menyewa bas privet dan menjadualkan pengangkutan perubatan, lapor The Straits Times (ST).



Langkah ini diikuti penutupan Zig oleh ComfortDelGro dalam tempoh se-tahun selepas pelancarannya.



Aplikasi ini menelan belanja berjuta-juta dolar untuk dibangunkan dan telah dilihat sebagai satu cara untuk bersaing dengan syarikat gergasi pengangkutan seperti Grab dengan rangkaian perkhidmatan gaya hidupnya.



Pengguna Zig boleh menggunakan aplikasi itu untuk mencari jalan, menghubungi teksi, membuat tempahan restoran dan menempah penginapan.



Menurut ST, ia tidak jelas berapa ramai orang yang mendaftar untuk perkhidmatan ini.



Encik Jackson Chia, kumpulan mobiliti swasta ComfortDelGro dan ketua eksekutif teksi, berkata langkah itu adalah "satu langkah ke hadapan".



"(Ia akan) memberi pelanggan kami akses kepada rangkaian tawaran mobiliti dan gaya hidup kami melalui satu platform digital," tambahnya.



"Kami melancarkan Zig pada 2021 sebagai kehadiran dalam senario mobiliti gaya hidup.



"Ia merupakan pengalaman yang baru dan membolehkan kami mengembangkan kemahiran kami dalam bidang perniagaan baru ini tanpa mengganggu tawaran perkhidmatan kami kepada pengguna teksi kami.



"Masanya telah tiba untuk gabungkan keduanya," katanya.



Aplikasi yang dilancarkan semula itu akan muncul pada telefon pengguna sebagai ikon "Z" yang digayakan, penyegaran semula ikon Zig yang terdahulu.



Pengguna Zig telah dihantar pemberitahuan pada bulan lalu tentang langkah itu dan diberitahu untuk menebus syiling Zig mereka untuk baucar perjalanan.



Pengguna aplikasi ComfortDelGro sedia ada hanya perlu mengemas kini aplikasi untuk menggunakan CDG Zig, tanpa kehilangan kod promosi dan butiran pilihan pembayaran tanpa tunai mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >