Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ComfortDelGro, GoJek jalin kerjasama tangani isu kurang pemandu

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



PENGENDALI teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro, dan GoJek, akan bekerjasama untuk meneroka cara-cara menangani isu-isu utama yang memberi kesan kepada industri pengangkutan, termasuk kekurangan jumlah pemandu.



Sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama meluas yang akan menjangkau tempoh dua tahun akan datang, kedua-dua syarikat telah bersetuju untuk menyediakan pengguna GoJek dengan akses kepada teksi ComfortDelGro.



Ini melalui aplikasi GoJek bagi membantu menangani isu kekurangan jumlah pemandu yang kini sedang dihadapi industri tersebut.



Mereka juga akan meneroka bidang kerjasama lain termasuk perkongsian sumber yang akan memberi manfaat kepada pemandu dan penumpang.



Ini termasuk kenderaan elektrik (EV) dan peluang pendapatan sampingan, serta huraian sokongan seperti insurans, latihan pemandu dan penyenggaraan kenderaan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan mobiliti privet ComfortDelGro, Encik Jackson Chia, melihat usaha kerjasama itu sebagai situasi yang bermanfaat bagi semua pihak berkepentingan yang terlibat.



Beliau juga teruja dengan peluang-peluang ia akan membawa kepada industri serta pemandu dan pelanggan.



"Usaha kerjasama ini menandakan satu peristiwa penting bukan sahaja bagi kedua-dua ComfortDelGro dan GoJek, tetapi juga bagi industri (pengangkutan) tempat ke tempat (P2P) secara keseluruhan. Pemandu dan pelanggan sentiasa penting bagi kami.



"Dengan melihat bagaimana kami boleh memperbaiki kadar penunaian, kami pada dasarnya meningkatkan kebajikan pemandu.



"Kadar penunaian yang lebih baik diterjemahkan kepada pendapatan yang lebih untuk pemandu, dan seterusnya, akan menggalakkan pemegang lesen vokasional untuk mempertimbangkan menyertai semula industri P2P. Ia kemudian akan meningkatkan tahap perkhidmatan kepada penumpang kerana mempunyai lebih pemandu, bermakna kurang waktu menunggu bagi mereka," kata Encik Chia.



Pengurus besar GoJek Singapura, Encik Lien Choong Luen, berkata: "Bekerjasama dengan ComfortDelGro untuk menggabungkan sumber kami akan membolehkan kami memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tunggangan dan meningkatkan ketersediaan pesanan untuk pemandu, meningkatkan peluang pendapatan mereka dan pada masa yang sama mengurangkan waktu menunggu untuk penumpang.



"Dengan lebih ramai penumpang di jalan raya, ini bermanfaat untuk semua.



"Pemandu adalah elemen kritikal dalam infrastruktur pengangkutan Singapura dan saya berharap pengumuman ini akan menggalakkan lebih banyak pemandu untuk mempertimbangkan untuk menyertai atau kembali ke platform kami.



"Hari ini menandakan permulaan lebih banyak perkara menarik pada masa depan, dan kami berharap dapat bekerja rapat dengan ComfortDelGro untuk meningkatkan lagi industri P2P di Singapura, mewujudkan pengalaman mobiliti yang lebih baik untuk semua."



Butiran lanjut akan diumumkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.




"Hari ini menandakan permulaan bagi lebih banyak perkara menarik pada masa depan, dan kami berharap dapat bekerja rapat dengan ComfortDelGro untuk meningkatkan lagi industri P2P di Singapura, mewujudkan pengalaman mobiliti yang lebih baik untuk semua."
- Encik Lien Choong Luen, pengurus besar GoJek Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >