Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

ComfortDelGro kurangkan sewa teksi sebanyak 50%

May 28, 2020 | 02:40 PM

PEMANDU teksi ComfortDelGro akan menikmati potongan sewa 50 peratus bagi bulan Jun.

Langkah terbaru ini menurut ComfortDelGro Taxi dalam kenyataannya, dijangka mendorong syarikat itu menghadapi kerugian lebih besar. 

Pengecualian sewa akan bermula dari $45 sehingga $86 bergantung pada jenis, model dan usia teksi.

Sebelum ini pemandu teksi untuk syarikat itu menikmati pengecualian penuh sewa selama dua bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif ComfortDelGro Taxi, Encik Ang Wei Neng berkata: 

“Walaupun tempoh pemutus rantaian jangkitan akan berakhir pada 1 Jun, pengurusan sekatan secara selamat masih dilaksanakan pada fasa pertama pembukaan semula (ekonomi).

"Ramai yang akan terus bekerja dari rumah dan sebilangan besar perniagaan masih ditutup. Permintaan teksi, walaupun dijangka meningkat sedikit, tidak dijangka kembali normal dalam masa terdekat.

"Kami tahu bahawa keadaan akan tetap sukar untuk pemandu teksi tetapi memandangkan kami telah memberikan pengecualian sewa penuh selama dua bulan, kami tidak dapat melakukannya untuk bulan ketiga. 

Kami berharap potongan sewa 50 peratus untuk bulan Jun akan membantu meringankan sebahagian beban kewangan mereka,” katanya.

Untuk meningkatkan pendapatan pemandu, ComfortDelGro Taxi berhasrat meningkatkan usaha untuk mendapatkan lebih banyak peluang penghantaran untuk teksi - baik melalui platform penyampaian ComfortDelivery dan platform lain yang serupa - memandangkan khidmat penghantaran akan terus dibolehkan sehingga akhir September ini.

Sehingga kini, ComfortDelGro Taxi telah bekerjasama dengan hampir 50 gerai makanan dan minuman, termasuk McDonald's, KFC dan Pizza Hut, untuk menawarkan pilihan pekerjaan penghantaran teksi. 

Hampir 2,000 teksi telah berjaya menyertai perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh lebih daripada 800 penyedia makanan. 

Lagi 400 pemandu teksi telah dipindahkan ke pekerjaan alternatif lain.

Pemandu teksi, Encik Frankie Chew, 51 tahun, berterima kasih atas potongan sewa 50 peratus yang dinikmatinya.

Beliau yang berpengalaman memandu teksi selama 16 tahun berkata:

"Dua bulan terakhir pengecualian sewa penuh adalah lebih daripada yang saya minta dan kini walaupun syarikat mengurangkan sewa sebanyak separuh, ia lebih baik sebelum bermulanya tempoh pemutus rantaian jangkitan. 

"Sekarang Singapura secara perlahan-lahan dibuka semula dan pelajar kembali ke sekolah, saya harap jumlah penumpang akan meningkat. Saya telah bertukar antara kerja memandu teksi dan melakukan penghantaran. Saya harap menyara kehidupan," katanya.

ComfortDelGro adalah salah sebuah syarikat pengangkutan darat terbesar di dunia dengan jumlah kenderaan melebihi 41,600 merangkumi bas, teksi dan kenderaan sewa. 

Ia juga menjalankan perkhidmatan rangkaian rel ringan dan berat sepanjang 83km di Singapura. 

Operasi global ComfortDelGro meliputi tujuh negara - Singapura, Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Vietnam dan Malaysia.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian