Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ComfortDelgro naikkan tambang sebanyak 1 sen buat sementara

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



PENGENDALI khidmat teksi terbesar Singapura, ComfortDelgro, akan menaikkan tambang jaraknya sebanyak 1 sen buat sementara mulai Isnin depan.



Langkah tersebut ditetapkan menyusuli harga minyak yang melonjak sejak beberapa minggu lalu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.



Langkah yang sama turut dilaksana pengendali pengangkutan privet lain buat sementara ini supaya dapat membantu pemandu menangani kenaikan kos.



Peningkatan tambang sementara ini juga dilaksana selepas kurang sebulan ComfortDelGro menaikkan tambangnya buat kali pertama dalam sedekad pada 1 Mac lalu.



Syarikat itu telah menaikkan tambang mula atau 'flag-down fare' bagi teksinya sebanyak 20 sen, manakala tambang jarak naik dua sen.



ComfortDelGro berkata, peningkatan satu sen terkini itu akan menjejas tambang jarak dan waktu menunggu bagi semua teksinya.



Kedua-dua tambang berdasarkan meter dan bukan meter - yang mana tambang bukan meter adalah berkenaan tempahan khidmat menerusi ComfortRide - turut akan dinaikkan.



Sehingga kini, tambang jarak dan waktu menunggu adalah 24 sen bagi teksi ComfortDelGro biasa dan 33 sen bagi teksi limousin.



Ini adalah bagi jarak setiap 400 meter dalam perjalanan sehingga 10 kilometer; setiap 350 meter selepas perjalanan 10 kilometer; dan bagi setiap 45 saat atau lebih awal daripada itu untuk waktu menunggu .



Caj tersebut akan naik 25 sen bagi teksi ComfortDelGro biasa dan 34 sen bagi teksi limousin mulai 4 April.



Kenaikan tambang ini bermakna tambang bagi setiap perjalanan teksi sepanjang 10 kilometer akan naik 32 sen, kata syarikat itu yang mengendali sebanyak 9,000 teksi di sini, iaitu 60 peratus populasi teksi Singapura.



Berdasarkan anggaran 10 hingga 12 perjalanan yang dikendali dalam sehari, pemandu ComfortDelGro boleh menjangkakan pendapatan mereka naik antara $3.20 dengan $3.84 setiap hari.



Ini akan dapat membantu menangani kos tambahan minyak sekitar $3.55 hingga $13.50 yang dibiaya pemandu teksi setiap hari pada bulan lalu sendiri, kata ComfortDelGro.



Syarikat itu menambah, peningkatan tambang sementara itu diperkenal selepas menerima maklum balas tegas oleh pemandu.



Langkah itu akan disemak semula menjelang hujung Mei dan akan ditiadakan jika harga minyak reda.



Sebagai bantuan tambahan bagi pemandu teksi menangani kenaikan harga minyak yang tinggi, ComfortDelGro berkata ia telah melanjutkan rebat sewa sekalinya berharga $90.



Ini adalah langkah tambahan selain pengecualian sewa sedia ada yang ditawar kepada pemandu teksi untuk membantu mereka menangani kesan pandemik Covid-19, kata syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >