Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ComfortDelgro pecat pemandu teksi undur melulu hingga langgar kereta lain

Apr 05, 2016 | 03:32 PM



PENGENDALI teksi ComfortDelGro telah memecat seorang pemandu teksi selepas video menunjukkan beliau mengundurkan kenderaannya hingga melanggar sebuah kereta di tempat letak kereta Redhill disebar dalam talian.



Dalam satu kenyataan kepada akhbar The Straits Times pada Selasa (5 April), pegawai komunikasi korporat kumpulan ComfortDelGro, Cik Tammy Tan, berkata: "Kerana memandu secara melulu, kami menamatkan perjanjian penyewaan pemandu itu."



Cik Tan berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira tengah hari 26 Mac.



Video itu, yang menunjukkan sebuah teksi kuning CityCab berundur pada kelajuan agak tinggi dan melanggar sebuah kereta tidak bergerak, pertama kali dimuat naik oleh pengguna Facebook Evon Lim pada Isnin (4 April) petang.



Sejak itu, ia telah dikongsi lebih 13,000 kali, dengan kumpulan amsyarakat tempatan Beh Chia Lor, Road.sg dan Singapore Reckless Drivers turut memuat naik video tersebut ke laman Facebook masing-masing.



Dalam video tersebut, kereta yang dilanggar dilihat terangkat dan pintu kirinya kemik teruk.



Pemandu teksi itu kemudian memandu dengan segera.



Majoriti pengguna media sosial mengkritik pemandu teksi tersebut kerana mengelak tanggungjawab.



Bagaimanapun, Cik Tan menjelaskan bahawa pemandu itu menghentikan teksinya tidak jauh dari situ sebelum kembali ke tempat kejadian untuk memberi butir-butirnya kepada seorang pemilik kedai yang kenal pemilik kereta tersebut.



"Itu tidak dirakam dalam rakaman video tersebut," katanya.



"Kami bersyukur kerana tiada siapa cedera dalam kejadian itu dan sedang membantu pemilik kenderaan memperbaiki kenderaannya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >