Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Connaught Drive, Fullerton Road hanya bagi pejalan kaki mulai akhir Dis

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN jalan utama di Singapura akan dijadikan kawasan pejalan kaki sepenuhnya sedang Pemerintah merancang menjadikan daerah sivik lebih mesra orang ramai.



Dengan menutup Connaught Drive dan Fullerton Road kepada semua kenderaan, pejalan kaki boleh menjangka perjalanan mereka antara Muzium Tamadun Asia (ACM), Dewan Konsert Victoria, Galeri Nasional Singapura dan The Arts House lebih mudah.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Lembaga Taman Negara (NParks), dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata perubahan trafik bermula akhir bulan depan.



Ketua Eksekutif LTA, Encik Ng Lang, berkata usaha terbaru menjadikan jalan raya kawasan pejalan kaki ini adalah lanjutan kepada usaha beberapa agensi berlainan sejak beberapa tahun lalu untuk memulihkan keindahan ruang awam di daerah sivik, iaitu "tempat kelahiran Singapura moden".



"Kami berharap dapat menawarkan kepada pengunjung satu daerah budaya hijau, indah dan menarik, tempat mereka dapat berjalan dan mengimbas masa lalu tanpa perlu bersaing dengan trafik kenderaan," katanya.



Rancangan itu diumum semasa perbahasan belanjawan Kementerian Pengangkutan Mac lalu.



Berikutan penutupan trafik kenderaan, perhentian bas di Connaught Drive akan dipindahkan ke Esplanade Drive.



Perkhidmatan bas terjejas adalah 75, 100, 107, 130, 131 dan 167.



Tempat mengambil dan menurunkan penumpang bas di kawasan itu akan dipindahkan ke bulatan dekat simpang Fullerton Road dan Connaught Drive.



Fullerton Road dan Jambatan Anderson juga akan ditutup kepada semua kenderaan. Parliament Place pula akan dibuka semula kepada kereta agar pemandu masih mempunyai akses ke kawasan itu.



Bagi memudahkan peralihan ini, terdapat kerja penyusunan semula di simpang Parliament Place/St Andrew's Road, Fullerton Road/Connaught Drive, dan Fullerton Road/Esplanade Drive.



Selepas kerja itu selesai, pihak berkepentingan, seperti ACM, Esplanade-Theatres on the Bay, Galeri Nasional Singapura, The Arts House dan Teater Victoria dan Dewan Konsert Victoria (VTVCH) merancang lebih banyak ruang terbuka untuk mengadakan progam di luar bagi pengunjung mereka.



Papan tanda dan poster maklumat baru juga telah dinaikkan di mesin tiket dan pintu masuk di stesen MRT City Hall dan Raffles Place untuk membantu memberi arahan kepada pengunjung yang tidak biasa dengan kawasan itu.



Sejak 2015, tiga agensi itu mewujudkan ruang hijau dan laluan pejalan kaki di daerah sivik dengan memperoleh semula ruang yang digunakan kenderaan.



Misalnya, Empress Place diturap bagi mewujudkan sekitaran bak taman di depan ACM dan Dewan Konsert Victoria.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >