Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Contoh bagaimana PMW boleh beri manfaat kepada pekerja pembersihan

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



KAIS pagi makan pagi, kais petang makan petang.



Mereka membanting tulang untuk menyara keluarga tetapi meraih pendapatan yang naik sedikit sahaja tahun demi tahun.



Namun sejak Model Gaji Progresif (PWM) dilaksana bagi warga dan penduduk tetap (PR) Singapura yang berkhidmat dalam sektor pembersihan pada 2014 dan dijadikan mandatori, manfaatnya dapat dirasa, dengan golongan pekerja ini menikmati kenaikan gaji lebih bermakna sejajar dengan kemahiran dan daya penghasilan yang dipertingkat.



Berikut contoh bagaimana PWM menyokong seorang pekerja pembersihan, Encik Zaidi:



  • Encik Zaidi, 50 tahun, penyelia pembersihan, bekerja di sebuah bangunan pejabat.

  • Mula bekerja sebagai pekerja pembersihan am pada 2018; pangkat terendah pekerja pembersihan am atau dalam bangunan (bagi kumpulan pejabat atau bangunan komersial) mesti dibayar gaji asas sekurang-kurangnya $1,120 sebulan pada 2018.

  • Beliau ikuti beberapa kursus untuk meraih kemahiran seperti cara melakukan kerja pembersihan, bagaimana menggunakan bahan kimia dan peralatan untuk melakukan pembersihan, cara mengelap dan sebagainya sejak sertai sektor pembersihan.

  • Kini, Encik Zaidi dinaikkan pangkat menjadi seorang penyelia pembersihan dan beliau bertanggungjawab menjaga keselamatan rakan sekerjanya, memeriksa seluruh kawasan kerja dan melakukan rondaan dan memerhatikan tugas yang dilakukan.

  • Di bawah PWM, penyelia pembersihan mesti dibayar gaji asas sekurang-kurangnya $1,910 sebulan tahun ini, bagi kumpulan pejabat atau bangunan komersial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >