Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Contohi amalan Rasulullah pada 10 malam terakhir Ramadan

May 26, 2019 | 05:30 AM



CEPAT sungguh masa berlalu.



Diam tak diam, kita dah sampai ke pusingan terakhir bulan Ramadan yang mulia ini.



Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Masyarakat Masjid Islah, Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan, lantas mengajak umat Islam bermuhasabah diri dalam menjalani malam-malam terakhir Ramadan.



Melalui perbicaraannya dalam program Hikmah Ramadan, beliau mengajukan soalan tentang apakah amal kebajikan dan kebaikan yang telah di laksanakan sepanjang bulan ini?



Adakah ia cukup untuk kita persembahkan kepada Allah swt di akhirat nanti, tanya Ustaz Khairul Anwar.



Beliau yakin orang yang beriman pasti akan berusaha ke arah kesempurnaan amal ibadah yang telah mereka kerjakan.



"Namun kita semua adalah insan yang tidak lepas daripada kelemahan dan kesilapan.



"Dari itu, janganlah kita lepaskan peluang yang ada di hujung Ramadan ini kerana terdapatnya satu malam yang sangat hebat.



"Satu malam yang begitu istimewa iaitu malam lailatulqadar,'' ujar Ustaz Khairul Anwar.



MALAM GANJIL



Beliau menukil sebagaimana sabda Rasullullah saw di dalam sebuah hadis yang sahih:



"Carilah keutamaan malam lailatulqadar pada malam-malam ganjil di 10 malam terakhir Ramadan."



Ustaz Khairul Anwar berkata ulama berbeza pendapat dalam menetapkan malam yang agung ini.



Ibnu Abbas berpendapat bahawa ia jatuh pada malam ke-27.



Ada pula yang berpendapat bahawa ianya adalah pada malam ke-23 dan ada pula berpendapat bahawa ianya pada malam yang ke-21 dan lain sebagainya.



"Pastinya kita menghormati kesemua pendapat ulama tersebut,'' kata Ustaz Khairul Anwar.



Namun, yang jelas sebagaimana yang dinyatakan oleh al imam Ibnu Hajar Al' Asqalani bahawa malam lailatulqadar ini boleh berlaku pada bila-bila malam daripada 10 malam yang terakhir.



Dan tarikhnya pula boleh berubah-ubah daripada Ramadan ke Ramadan yang lain.



Oleh kerana itu Ustaz Khairul Anwar menasihatkan umat Islam harus bersiap siaga bagi meraih kelebihan malam ini.



KELEBIHAN MALAM LAILATULQADAR



Ustaz Khairul Anwar menyatakan sesungguhnya malam lailatul qadar adalah satu kelebihan besar yang perlu direbut.



Di dalam surah Al-Qadr ayat ketiga, Allah swt berfirman yang bermaksud:



"Malam lailatulqadar itu adalah lebih baik daripada 1,000 bulan."



Menurut Ustaz Khairul Anwar lagi, 1,000 bulan itu adalah bersamaan dengan 83 tahun.



"Bayangkan setiap solat yang kita kerjakan pada malam tersebut. Pahalanya umpama kita melakukan solat berterusan selama 83 tahun tersebut.



"Selain daripada itu juga, mereka yang menghidupkan lailatulqadar ini dengan amal soleh dan kebaikan, maka Allah swt akan menghapuskan dosa-dosa mereka yang lalu,'' ujar Khairul Anwar.



CARA RASULULLAH



Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari:



"Barang siapa yang mendirikan solat pada malam lailatulqadar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu."



Dari itu, menurut Ustaz Khairul Anwar, umat Islam dapat melihat bagaimana Rasulullah saw dan sahabat amat menitik beratkan amal ibadah serta kerja kebajikan pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.



Dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana Rasulullah saw menghidupkan malam-malam akhir Ramadan dengan solat qiamullail dan Baginda mengajak sama ahli keluarganya.



Nabi saw menghabiskan masa-masanya di masjid dengan beriktikaf dan dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran.



"Semangat dan tekad Baginda saw dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan adalah suatu yang kita wajar kita jadikan contoh teladan.



"Tidak seharusnya, kita menjadikan alasan sibuk bekerja umpamanya sebagai penghalang untuk kita melakukan amal kebaikan.



"Ini kerana pengertian ibadah itu teramat luas dalam Islam. Setiap amal kebaikan yang dilakukan dengan niat yang murni itu adalah ibadah. Dan setiap ibadah itu akan mendapat ganjaran di sisi Allah swt.



"Ayuh pada saat-saat terakhir di hujung bulan Ramadan ini, kita tingkatkan usaha bagi mengecapi kasih sayang serta pengampunan Allah swt.



"Kita perbanyakkan amal ibadah. Kita banyak bersedekah. Semoga dengan setiap amal yang kita lakukan, yang besar mahupun kecil. mendapat keredaan Allah swt di dunia dan di akhirat,'' ujar Ustaz Khairul Anwar.




"Semangat dan tekad Baginda saw dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan adalah suatu yang kita wajar kita jadikan contoh teladan. Tidak seharusnya, kita menjadikan alasan sibuk bekerja umpamanya sebagai penghalang untuk kita melakukan amal kebaikan."
– Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Masyarakat Masjid Islah, Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >