Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Courts ambil alih ruang Robinsons di The Heeren jelang suku pertama 2022

Jan 14, 2021 | 06:38 PM



GEDUNG peralatan rumah Courts akan mengambil-alih ruang jualan utama di The Heeren yang sudah dikosongkan oleh gedung Robinsons bulan lalu.



Courts juga akan menjadikan cawangan di situ kedai perdana barunya yang akan mengisi kesemua enam tingkat ruang jualan The Heeren. Justeru, cawangan terbesar Courts di Singapura adalah di sini apabila ia dibuka suku pertama 2022. 



Apabila siap kelak, cawangan di The Heeren seluas 189,000 kaki persegi ini akan menggantikan cawangan Tampines megastore sebagai kedai perdana rangkaian ini, lapor akhbar The Straits Times.



Pembukaannya juga melambangkan usaha niaga luar negara pertama Nojima Corporation yang memiliki Courts bagi konsep stor format besar di lokasi pusat bandar Singapura.



Nojima Corporation yang merupakan syarikat elektronik besar Jepun, membeli Courts pada 2019.



Mengenai pemilihan The Heeren sebagai lokasi barunya, Ketua Eksekutif Courts Singapore, Encik Hoang Duc Thanh Matthew berkata:



"The Heeren masih lagi mercu tanda simbolik dan terlektak di tengah-tengah Orchard Road. Kami percaya ia membawa potensi besar sebagai lokasi pusat dalam kawasan beli-belah.



"Seiringan dengan rancangan jangka panjang Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bagi menyegarkan kembali Orchard Road sebagai destinasi gaya hidup, kami membayangkan stor perdana baru ini akan menyumbang kepada semarak sektor runcit."  - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >