GEDUNG perabot dan peralatan elektronik, COURTS, telah membuka semula 14 cawangannya pada Jumaat (19 Jun), sejajar dengan permulaan Fasa Dua pembukaan semula Singapura, tetapi ia masih menggalak pelanggan agar berbelanja dalam talian.
Pelanggan yang membuat pembelian melalui laman web www.courts.com.sg akan menerima barangan yang dipesan pada hari sama jika ada stok, kata COURTS dalam satu kenyataan.
Sementara itu, di cawangan fizikalnya, COURTS menyediakan langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja.
Ini termasuk memeriksa suhu badan pelanggan dan menggalak pelanggan membuat pembayaran tanpa sentuhan.