JIKA anda berkunjung ke gedung besar Courts di Tampines, jangan terkejut kerana gedung seluas sekitar 12,635 meter persegi (136,000 kaki persegi) itu baru sahaja membuat transformasi pada gedung itu semalam.
Perubahan wajah yang dilakukan peruncit barangan elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot terbesar di Singapura itu bertujuan menyuntik pengalaman baru buat pengunjung yang datang berbelanja di sana.