PREMIUM wang tunai median yang dibayar bagi sebuah flat jualan semula HDB jatuh ke paras sifar bulan lalu, daripada $3,000 yang dicatatkan bulan sebelumnya, menurut perangkaan awal Pertukaran Hartanah Singapura (SRX) tadi.
Ini merupakan harga tunai atas taksiran (COV) median paling rendah sejak SRX dimulakan pada 2006.
Sebanyak 12 estet HDB mengalami COV kosong atau negatif dengan Bukit Panjang, Punggol, Sembawang, Sengkang dan Woodlands mendahului senarai.
Sekitar 37 urus niaga dimeterai dengan nilai flat ditaksirkan di bawah nilai.
Harga jualan semula pula jatuh 1.8 peratus, paras yang sama dialami pada Jun 2012.
Ini merupakan kemerosotan paling buruk berdasarkan perangkaan bulanan sejak ia mula jatuh pada April tahun lalu.