Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 1 kelompok baru berkaitan pemandu M'sia disahkan; tambahan kes kelompok CGH, Henderson Crescent

Jul 05, 2021 | 10:19 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan pembentukan satu kelompok baru yang aktif berkait dengan kes seorang warga Malaysia yang bertugas sebagai pemandu di Omni Aquatic Supplies Pte Ltd pada Isnin (5 Julai).



Pengesahan kelompok tersebut yang mempunyai tiga kes (termasuk satu kes baru) kini menjadikan jumlah kelompok aktif di sini mencecah 24 kelompok yang mempunyai antara tiga hingga 93 kes.



Tambahan kes pula dikesan di kelompok Hospital Besar Changi (CGH) yang kini mempunyai 20 kes serta kelompok Henderson Crescent yang mempunyai 21 kes.



Dalam pada itu, kelompok MINDSville@Napiri pula ditutup kerana tiada kes lagi berkaitan dengannya bagi dua tempoh inkubasi atau 28 hari.



Demikian jelas MOH dalam kenyataannya pada Isnin malam.



Pada Isnin, terdapat 13 kes jangkitan Covid-19 baru dikenal pasti, dengan enam daripadanya merupakan jangkitan dalam masyarakat. Baki tujuh kes merupakan kes import.



Awal sebelum ini, pemandu warga Malaysia itu dikesan dengan jangkitan Covid-19 pada 22 Jun.



Secara keseluruhan, MOH menambah bilangan kes baru dalam masyarakat berkurangan dari 86 kes dua minggu lalu kepada 28 kes minggu lalu. Bilangan kes tiada kaitan dengan kes sebelum ini juga merosot dari 14 kes pada dua minggu lalu kepada empat kes minggu lalu.



Terdapat bukti berterusan bahawa vaksinasi membantu mencegah penyakit serius apabila dijangkiti. Sepanjang 28 hari lalu, MOH mengesan 23 kes memerlukan bantuan oksigen dan dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) atau meninggal dunia. 20 daripada mereka tidak mendapatkan vaksinasi dan tiga pula hanya mendapat satu suntikan vaksin.



Sebanyak 102 kes kini masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan baik dan dipantau. Dalam kalangan mereka, 10 kes berada dalam keadaan serius dan memerlukan bantuan oksigen manakala tiga yang lain dalam keadaan tenat di ICU.



Sehingga 4 Julai, sebanyak 5,780,703 dos suntikan vaksin Covid-19 sudah ditadbir di bawah program vaksinasi nasional. Ia meliputi 3,608,688 individu dengan 2,175,015 daripada mereka sudah menerima suntikan kedua lantas tamat rejim penuh vaksinasi mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >