Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 1 kes dalam masyarakat, 12 kes import

Dec 05, 2020 | 04:38 PM



TERDAPAT satu kes Covid-19 dalam masyarakat dan 12 kes import pada Sabtu (5 Disember).



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan berdasarkan penyiasatannya sejauh ini, kes dalam masyarakat itu sudah dikenakan kuarantin. Tiada kes baru di asrama pekerja.



Bagi kes import pula, 11 daripadanya telah diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura.



Baki satu kes merupakan seorang warga Singapura yang telah pergi ke Indonesia di bawah Pas Perjalanan Perniagaan. Beliau telah menjalani ujian Covid-19 Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) semasa pulang ke Singapura pada 28 November, dan mengasingkan diri sementara menunggu keputusan ujiannya. 



Hasil ujiannya didapati negatif pada 29 November tetapi beliau mengalami gejala pada 2 Disember, dan disahkan mengalami jangkitan Covid-19 pada 4 Disember.



Butiran lanjut akan diumumkan kementerian tersebut pada malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >